INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Penduduk Malaysia Kini 27,565,821 Orang

PUTRAJAYA, 22 Dis (Bernama) — Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.

Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara.

Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000. Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.

Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.

Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.

Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.

Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.

Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding tiga peratus pada tahun 2000.

“Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju,” katanya.

– BERNAMA

Friday, May 21, 2010

ADaP wadah terbaik bagi pelajar berinteraksi

KUANTAN 14 Mei - Pelaksanaan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) secara dalam talian oleh Kumpulan Utusan merupakan wadah terbaik untuk memberi peluang kepada pelajar, guru dan ibu bapa berinteraksi sesama mereka melalui forum berdasarkan topik yang disediakan.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, ADaP juga boleh dianggap sebagai wahana terbaik untuk menyalurkan pelbagai maklumat dan peristiwa yang berkaitan dengan isu pendidikan semasa.
Katanya, melalui ADaP.com.my, pengguna berdaftar berpeluang menghantar karya, bahan pengajaran dan pembelajaran serta cetusan idea kreatif ke ruangan forum untuk dikongsi bersama-sama dengan mereka yang mengakses laman tersebut.Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa ADaP mampu melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri intelektual dan kepimpinan unggul, bertanggungjawab, mengamalkan budaya bekerjasama dan berkongsi maklumat."Para pelajar khususnya, dapat mengasah bakat melalui aktiviti yang dirancang secara komprehensif dan bermakna. Aktiviti ini juga mampu melahirkan pelajar yang celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan dapat mengaplikasikan pengetahuan mereka secara sihat.
"Secara tidak langsung, ADaP berkeupayaan memperkasakan bidang kurikulum sebagaimana dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran,'' katanya.Beliau berkata demikian semasa melancarkan ADaP.com.my/E-Lab Negeri Pahang anjuran Kumpulan Utusan sempena perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan 2010 di pusat beli-belah East Coast Mall (ECM) di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad dan Ketua Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.Abdul Aziz berkata, ADaP.com.my/E-Lab menyediakan ruangan interaktif yang memuatkan permainan menguji minda seperti teka silang kata, menyusun perkataan, klik dan seret serta banyak lagi.
Jelasnya, ADaP sangat berkesan sebagai medium yang memberikan informasi pendidikan kepada pelajar dalam usaha mereka berlumba-lumba untuk menempa kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Laman web itu juga, katanya, amat sesuai sebagai instrumen untuk aktiviti masa senggang pelajar seiring dengan kehidupan zaman siber dan penggunaan jalur lebar yang menjadi pilihan generasi masa kini.
"Penglibatan melalui penggunaan medium atas talian ini mampu mendidik mereka untuk mengungkapkan bahasa dengan baik dan mematangkan diri dalam mendepani dunia tanpa sempadan,'' katanya.
Tambahnya, langkah Utusan Malaysia mewujudkan ADaP bukan sahaja merintis pembaharuan dalam menyediakan input ilmu dan kemahiran berkarya, malah dapat melahirkan generasi yang celik ICT dan mempunyai 'soft skill' yang tinggi.
"Dalam konteks pendidikan, Utusan Melayu telah memainkan peranan sebagai badan swasta yang memenuhi tanggungjawab sosialnya sekali gus bersama-sama Kementerian Pelajaran meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam era globalisasi yang mencabar ini," katanya.

Sumber: Utusan Online

Wednesday, May 05, 2010

Peluang guru menulis

KUALA LUMPUR 2 Mei - Pendidik yang berminat untuk menghasilkan buku dalam bidang pendidikan, pengurusan dan pentadbiran boleh menemui Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. untuk merealisasikan impian anda.
Pengarah Urusannya, Mok Sheau Bin berkata, syarikatnya bersedia menjadi platform kepada pendidik yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing-masing untuk diterbitkan sama ada dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Mandarin.
Menurut beliau, mereka yang berminat boleh bertemu dengannya atau wakil syarikat di Festival Hari Guru (FHG) 2010 anjuran Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran di East Coast Mall, Kuantan, Pahang pada 13 hingga 16 Mei ini.
Penyertaan itu, ujar Sheau Bin, akan mengukuhkan lagi penerimaan masyarakat umum dan warga pendidik khasnya terhadap produk terbitan syarikat yang ditubuhkan pada 2005 itu.
"Pada peringkat awal kami hanya menerbitkan buku-buku bagi memenuhi keperluan guru pelatih sahaja tetapi kini terdapat lebih daripada 100 tajuk dalam pelbagai peringkat pendidikan, pengurusan dan pentadbiran bermula dari sekolah menengah sehingga ke tahap kolej dan universiti," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Tambahnya lagi, melalui penglibatan dalam FHG, syarikat itu berharap dapat memberi sumbangan dalam bidang pendidikan negara terutamanya dalam penerbitan buku berbahasa Melayu.
Pada masa sama, kata Sheau Bin, pihaknya berharap usaha ini akan menarik minat lebih ramai guru dan pensyarah untuk turut sama memberi sumbangan idea dan sukatan dalam menerbitkan buku sekali gus meningkatkan tahap profesionalisme mereka.
"Ia juga akan membantu dalam memberi peluang kepada guru-guru untuk meneruskan pembelajaran sepanjang hayat selain dapat meningkatkan mutu pendidikan negara," jelas Sheau Bin.
Penerbitan Multimedia, jelasnya, amat menggalakkan pensyarah khususnya dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk berkarya menghasilkan buku-buku bermutu yang memenuhi aspirasi bakal guru, pendidik dan generasi 1Malaysia.
Selain itu, katanya, buku-buku dan bahan rujukan yang diterbitkan memenuhi keperluan semua peringkat perguruan dari Gred 17 hingga Gred 54 yang lengkap dan terbaru serta menepati format peperiksaan terkini.
Produk lain terbitannya termasuk buku Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), komik subjek Sejarah Tingkatan satu hingga lima, set perpustakaan, bahan sokongan pembelajaran berbentuk perisian multimedia, bahan rujukan dan latihan peperiksaan guru di samping pelbagai rangkaian tajuk buku pendidikan bagi pelajar IPGM, institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan IPT swasta.
"Bahan rujukan dan set perpustakaan yang dikeluarkan sesuai digunakan oleh guru di sekolah, Jabatan Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri yang boleh dijadikan bahan bacaan umum dan khusus untuk tujuan pembelajaran sepanjang hayat," ujarnya.
Beliau memberitahu, Penerbitan Multimedia turut berjaya memenuhi keperluan para penjawat awam khasnya dari Kementerian Pelajaran Malaysia dalam aspek kemajuan kerjaya.
"Kami diiktiraf sebagai penerbit bahan rujukan peperiksaan PTK yang produktif dan berautoriti," katanya.

Sumber: Utusan Online

Monday, April 26, 2010

Jeyarawara pembestarian SK bermula

Oleh WAHID HASHIM


pendidikan@utusan.com.my

KEPALA BATAS 25 April - Pengurus Kanan Jabatan Sekolah Bestari Pebadanan Kemajuan Multimedia (MDeC), Dr. Norrizan Razali pernah menekankan bahawa pelajar bukanlah isu yang besar kepada pelaksanaan dasar pembestarian sekolah.
Isu yang perlu ditangani - yang akan menentukan berjaya atau gagalnya program pembestarian sekolah ialah penerimaan dan persepsi ibu bapa, pentadbir sekolah dan masyarakat setempat. Bertitik tolak kepada kepercayaan itu, MDeC memulakan gerakan Jeyarawara Pembestarian Sekolah ke enam buah negeri mulai tahun ini. Jeyarawara merupakan istilah nusantara bagi perkataan bahasa Inggeris roadshow atau istilah umumnya, jelajah.
Bagi tujuan itu, Pulau Pinang menjadi negeri pertama, dengan tuan rumah dipillih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad, sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan, baru-baru ini.
Tahniah kepada MDeC yang menjalankan inisiatif tersebut yang berjaya menarik perhatian masyarakat setempat, melalui penyusunan pelbagai aktiviti dan pameran oleh beberapa rakan kongsinya. Isu seperti memupuk perasaan saling percaya mempercayai antara ibu bapa, guru dan pihak sekolah, menyemarakkan semangat perkongsian dan menambah pengetahuan, menjadi inti pati kepada program Jeyarawara. Usaha MDeC itu sebenarnya merentas dasar kerajaan yang mahu melonjakkan kuasa guna perkakasan dan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di seluruh negara melalui pelbagai inisiatifnya seperti jalur lebar, gerbang maklumat, pelepasan cukai perkakasan ICT dan banyak lagi. Inisiatif itu juga sejajar dengan usaha menyediakan subsidi komputer buku kepada para pelajar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 dengan hasrat untuk melihat 50 peratus rakyat di negara ini mempunyai akses kepada Internet.
Usaha oleh MDec itu juga diharapkan dapat memantapkan kitaran pengunaan ICT di sekolah melalui mekanisme SSQS, termasuk keperluan asas seperti e-mel, integrasi, pedagogi dan sebagainya. Namun, ada kekangan di sana-sini yang mungkin memperlahankan usaha murni tersebut. Sebagai contoh, projek sekolah terbengkalai di Pulau Pinang membantutkan usaha Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) itu menggapai ranking lima bintang di bawah penarafan SSQS program Pembestarian Sekolah.
Kata Pengarah Pelajarannya, Ibrahim Mohamad mengakui kekangan itu, sambil menambah bahawa kini penarafan program pembestarian sekolah di negeri itu menunjukkan pencapaian Pulau Pinang telah mencecah 97.7 peratus bestari, menghampiri 100 peratus daripada kriteria pelaksanaan program itu. ''Kita tidak mampu mencapai 100 peratus kerana terbantut oleh projek yang terbengkalai walau geran telah dilancarkan,'' kata beliau. Ujar beliau, beberapa data pula tidak boleh dikemaskinikan oleh guru besar kerana kekangan itu.
''Laluan Internet melalui SchooNet juga agak lembab ekoran laluan yang sempit digunakan oleh pengguna yang banyak,'' katanya. Selain pameran, program tersebut turut diisi dengan ceramah dan taklimat pembestarian sekolah oleh pakar motivasi dan penasihat Portal Pendidikan Utuuan Malaysia, Dr. Ismail Zain dan Pegawai Meja Program Sekolah Bestari Luar Bandar Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Saiful Nizam Ramlee. Pogram taklimat diatur untuk pentadbir, guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam empat sesi sepanjang dua hari. Dr Ismail dalam sesinya menjelaskan tentang keperluan kepada perubahan paradigma minda ke arah pembestarian sekolah, selain amalan terbaik dan sokongan pemimpin setempat untuk menjayakan program yang murni itu. Sementara itu, antara pempamer rakan usaha Jeyarawara ialah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Pulau Pinang, Multimedia Synergy Coorporation Bhd. (MMSC), Telekom Smart School (TSS) dan Portal Pendidikan Utusan Malaysia.
Pengurus Jabatan Sekolah Bestari MDEC, Sofia Akmal Abu Bakar memberitahu, pengetua, guru besar dan guru dari 25 buah sekolah mengikuti taklimat dan ceramah motivasi mengurus perubahan itu. Bagi sesi komuniti pada hari kedua, wakil PIBG dari sekitar Kepala Batas dan Tasik Gelugor serta kawasna lain sekitar Daerah Seberang Prai Utara mengikuti program berkenaan. Menurut beliau, tiga buah sekolah di Pulau Pinang merupakan perintis bestari di negeri itu iaitu SMK Dato' Onn (Butterworth), Sekolah Menengah Sains (SMS) Tun Syed Sheikh Shahabuddin dan SMK Abdullah Munshi.
Kategori luar bandar untuk sekolah bestari di negeri itu yang dipilih ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Mah Hua dan SMKA Al-Irshad. Sebuah sekolah kategori bandar yang baru sahaja mendapat anugerah lima bintang ialah SMK St. Mark di Butterworth.

Sumber: Utusan Online

Friday, April 23, 2010

Gaji jurulatih profesional di sekolah

KEMENTERIAN Pelajaran disaran supaya menggaji jurulatih sepenuh masa yang diletakkan di sekolah bagi memajukan industri sukan. Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Mohar Kassim, aspek kejurulatihan ini merupakan keperluan paling asas selain hal berkaitan pemakanan, psikologi dan fisioterafi. Bagaimanapun, tegasnya, jurulatih ini hanya perlu ditempatkan di sekolah yang mempunyai kemudahan dan peralatan yang mencukupi serta bersesuaian dengan kepakarannya.
"Jika sekolah itu hanya ada gelanggang sepak takraw, maka sewajarnya dilantik jurulatih sukan itu bukan badminton atau bola tampar," katanya ketika dihubungi baru-baru ini. Jelasnya, cakupan industri sukan cukup luas dan tidak terbatas kepada menjadi atlet sahaja. "Sebenarnya wujud sekumpulan individu yang mendokong kepada kejayaannya, ujarnya. Mohar menambah, dasar yang jelas dan usaha serius kerajaan ini perlu diperhebatkan dari segi modus operandinya supaya matlamat sukan adalah perniagaan dapat dicapai dengan segera dan berterusan.
"Kita tidak lagi boleh bergantung harap harap kepada guru pendidikan jasmani sahaja kerana dia mempunyai tugas dan tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan," ujarnya. Pada masa sama, katanya, konsep guru melatih secara sukarela tidak boleh diguna pakai kerana tiada pihak yang bole dipertanggungjawabkan apabila tiada sebarang kemajuan dicapai.

Sumber: http://www.tutor.com.my/

Monday, April 19, 2010

Penyelarasan gaji guru, pegawai PTD


DENGAN doa dan harapan oleh para guru, maka hasrat untuk menerima `tambahan sedikit rezeki’ nampaknya akan menjadi kenyataan pada tahun ini, atau bermula tahun depan. Mungkin ia dalam bentuk pelarasan gaji guru dengan apa yang dinikmati oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).
Namun begitu, mungkin ada tanggungajwab tambahan kepada guru. Kita tunggu sahaja pengumumannya, kemungkinan besar pada tanggal 16 Mei di Kuantan, Pahang.
Bilangan guru yang sekarang sudah mencecah 400,000 sebenarnya memerlukan rombakan minda, selain daripada peranan yang lebih releven – supaya penyelarasan gaji itu dilihat bukan untuk mengkayakan guru, tetapi memartabatkan profesion itu. Guru pula perlu ikhlas, bukan kosmetik atau mencukupkan jam kerja. Kalau waktu kerja ditambah lagi, maka bersedialah untuk berbuat demikian secara optimum.
Kini kita mendengar banyak isu tentang ketidakcekapan pengurusan dan komunikasi yang menimpa sekolah. Sekolah terhutang wang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang terpaksa menanggung hutang ratusan ribu untuk membina bangunan tambahan seperti surau dan sebagainya. Guru besar perlu tahu batas kemampuan mereka, dan risiko jika tersalah langkah ketika hendak berurusan dengan hal berkaitan wang. Ada kalanya penderma bermurah hati mahu mendahulukan wang, tetapi berakhir dengan pergaduhan, bermasam muka kerana hutang tidak terbayar. Kita telah mendengar pelbagai cadangan strategik untuk membantu pihak sekolah mengurus sekolah secara yang lebih berkesan. Imej dan reputasi profesion itu juga perlu diperbaiki supaya lebih ramai profesional yang mahu menceburi bidang itu sama ada secara sambilan atau sepenuh masa .
Satu rumus luar biasa perlu difikirkan supaya proses mendidik anak-anak warisan bangsa ini terus menjadi agenda utama negara. Sebagai contoh, mungkin profesional yang secara sukarela mahu menjadi guru dibenarkan berbuat demikian dengan syarat gaji mereka dikekalkan sepertimana mereka di tempat asal. Mungkin tidak salah kalau dilebihkan gaji mereka, sepertimana yang berlaku jika profesional melompat ke syarikat lain. Mungkin mereka boleh memegang jawatan tertinggi sekolah seperti pengetua, penolong kanan atau guru panitia, saya pasti ramai yang bakal berminat menjadi guru kalau keterbukaan terhadap profesion yang mulia itu mencapai tahap yang saya maksudkan. Mungkin belum diamalkan di mana-mana bahagian dunia, Malaysia boleh memulakan cadangan itu.
Bayangkan kalau ketua pegawai eksekutif (CEO) memohon menjadi guru dengan gaji yang sama! Pasti kita akan melihat revolusi budaya kerja dan wajah sekolah itu.

Sumber: http://www.tutor.com.my/
Oleh WAHID HASHIM (pendidikan@utusan.com.my)

Tuesday, April 06, 2010

Bila guru luah rasa...

Oleh WAHID HASHIM
pendidikan@utusan.com.my

Tabik dan salam semua guru.

Dengan rasa rendah diri, saya memohon maaf sekiranya berlaku kesilapan fakta ,dalam kolum Perspektif Mysekolah Isnin lalu, berjudul Mencemburui Gaji Guru. Saya menerima puluhan warkah e-mel daripada guru, ada pro dan kontra. Ada yang menghentam peribadi saya 360 darjah tanpa saya sempat membela diri - tanpa belas kasihan. Namun saya tidak menyimpan sebarang sentimen.
Tidak sangka saya akan guru-guru kita yang pandai menulis dalam nada sebegitu keras. Tetapi ada juga yang bersetuju dengan pendapat saya itu, dan mahu saya terus membongkar dan melondehkan hakikat.
Tapi dalam diri saya masih mempunyai kewarasan pertimbangan. Maka saya berpendapat kalau saya menyiarkan pandangan yang saling bertentangan itu, tentu masyarakat akan menjadi tambah keliru - mana satu yang betul dan yang mana satu salah tentang guru-guru kita ini.
Namun begitu, saya tetap percaya bahawa guru berhak mendapat apa yang setimpal dengan beban tugasan mereka - khususnya guru yang mengajar, yang memimpin, yang mendidik, dan yang menjadi lilin kepada kesamaran dan kegelapan di pedalaman - walau mereka sendiri terpaksa bergelap.
Keikhlasan, keberanian pengorbanan, perjuangan dan kemahuan yang tidak boleh diukur dengan apa-apa juga alat pengukur itu hanya boleh dihargai dengan ucapan terima kasih dan syabas.
Mungkin sedikit penghargaan boleh diluahkan melalui sejambak bunga, kad ucapan, ciuman pada tangan atau persembahan penghargaan pada hari-hari yang istimewa seperti Hari Guru, hari lahir, perayaan dan sebagainya.
Sesungguhnya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Berikut saya petik sebahagian daripada reaksi e-mel:
Sepucuk e-mel daripada Shafarizan Mohamed, eddeved@hotmail.com berkata, gaji pokok permulaan guru DG1 P1T4 bersamaan RM1,967.82, bukan RM2,500 sehingga RM2,700.
Kata beliau, tidak adil membuat 'pukul rata' bahawa semua guru yang ada di Malaysia ini tergila-gila kepada kenaikan pangkat dan kenaikan gaji. ''Sebelum saudara terbawa-bawa dengan tuduhan ini, saya cadangkan agar saudara memohon untuk kursus Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sekiranya saudara berumur belum 35 tahun dan masuk ke mana-mana institut perguruan kalau nak tahu macam mana kami menghadapi perkara-perkara yang tak masuk akal dan mencabar," tegas beliau. Tambah beliau: ''Saya bersyukur dan berterima kasih akhirnya kepada bapa saya kerana memaksa saya memilih kerjaya sebagai guru kerana setelah setahun saya menjadi guru, baru saya memahami maksud saya itu. Tugas sebagai seorang guru bagi saya lebih menyeronokkan kerana:
i) kerja kurang daripada lima jam,
ii) tidak terlalu pening kepala dan
iii) tiap-tiap hari jumpa murid yang comel dan petah bercakap menyebabkan kita bersemangat nak mengajar mereka."
Tambah beliau: ''Bagi saya biarlah akaun gaji duniawi saya tidak seberapa asalkan akaun gaji akhirat saya melimpah ruah kerana saya percaya Allah sahaja yang boleh menilai kerja saya dan keikhlasan saya."
Elia Hasimi di eliahasimi@yahoo.com pula menceritakan susahnya bertugas di pedalaman.
Berikut ialah luahan isi hati beliau.
''Saya sendiri seorang guru dan bertugas di kawasan pedalaman. Kalau hendak ke sekolah saya, kita akan naik van dari bandar S ke bandar K. Selepas itu, kita perlu naik perahu selama lima minit untuk menaiki van ke tebing sungai yang satu lagi selama 15 minit. Setelah sampai di situ, kita perlu naik long boat selama satu jam ke sekolah. Kami hanya keluar sekali seminggu untuk mendapatkan bekalan makanan. Hanya beberapa rumah staf di sini mempunyai Astro. Itu pun bukan disediakan oleh kerajaan. Saya pernah pada satu ketika dahulu memiliki antena televisyen biasa. Semua ditanggung sendiri. Untuk pengetahuan saudara, bukan senang bertugas di kawasan seperti ini lebih-lebih lagi dalam kalangan guru beragama Islam. Oleh itu, saya rasa usaha yang bagus kerajaan sediakan rumah untuk kami berteduh. Yang paling kelakar saya baca tulisan saudara ialah berkenaan dapur pun disediakan oleh kerajaan. Sebenarnya dapur dan tong gas kami beli dan bawa sendiri dari pekan. Bukan mudah bertugas di tempat ini lebih-lebih lagi tiada coverage (liputan) untuk talian telefon. Kalau nak bertelefon, kena panjat bukit yang tinggi baru dapat coverage. Anda tidak berada di tempat kami, dan anda tidak rasa apa yang kami rasa."
Adni Atha e-mel athaadni@yahoo.com.my dalam coretannya bertajuk Pendidik Pedalaman Wajar Di Hormati menegaskan, setelah 20 tahun menabur bakti, hampir 13 tahun saya mengajar di pedalaman, tiada yang percuma, di pedalaman, semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar. Semua perkakas terpaksa dibeli, seperti katil, tilam, apatah lagi jika hendak memasang Astro.
Jangan menyalahkan guru atas kurniaan gaji yang Kementerian Pelajaran berikan, tetapi carilah mengapa pihak KPM memberi elaun pedalaman kepada warga pendidikan di pedalaman.
Berkenaan akujanji pula, pengirim e-mel itu berkata, ''bagi guru-guru yang baru dilantik, mereka diwajibkan 'bersumpah' untuk menyimpan rahsia serta menjalankan tugas dengan penuh amanah dalam borang akujanji.
Selain daripada itu, para guru juga diberikan sasaran tertentu seperti Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang perlu dicapai untuk digunakan oleh ketua jabatan (Guru Besar/Pengetua) menilai prestasi dipenghujung tahun dalam borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Hal ini bermakna semua warga pendidik sudah ada akujanji atau Bai'ah seperti yang saudara sebutkan."
Tambah pengirim e-mel itu: ''Kami warga pendidik amat mengharapkan sokongan berterusan daripada semua pihak dalam menjayakan hasrat murni kerajaan untuk mewujudkan rakyat celik huruf dan angka melalui NKRA Pendidikan."
Pengirim e-mel fazlinfy@gmail.com mengirim e-mel dalam bahasa Inggeris dan saya alih bahasa. Lebih kurang seperti berikut: ''Saya tinggal di dalam rumah yang disediakan oleh kerajaan. Rumah itu kosong, kecuali almari pakaian di setiap bilik dan kabinet dapur. Tiada katil, tiada tilam dan sudah tentulah tiada peti televisyen. Jika seorang guru baru masuk ke sebuah rumah yang sudah lengkap, maka itu adalah titik keringat penghuni guru sebelum mereka. Saya terpaksa menunggu enam bulan sebelum saya memiliki televisyen dan dekoder. Saya terpaksa tidur di atas tilam angin. Saya tinggal bergelap bila solar hybrid mengalami kerosakan yang teruk, dan solar hybrid kadang kala mengalami kerosakan menyebabkan kami tinggal dalam kegelapan - sehinggalah ke hari ini."
Katanya: ''Sekolah di pedalaman masih kekurangan guru dan kakitangan. Guru menjalankan tugas pentadbiran untuk melicinkan perjalanan harian. Sekolah di bandar mempunyai juruteknik dan pustakawan mereka sendiri. Tetapi di pedalaman tidak ada semua itu. Guru terpaksa menjadi juruteknik dan pustakawan. "Ada Guru Pusat Sumber terpaksa mengajar 37 waktu subjek English kerana kekurangan guru English. Dengan 37 waktu mengajar, maka guru-guru ini hanya tinggal satu masa senggang setiap hari, menyebabkan tugas pentadbiran di perpustakaan menjadi perlahan."
Kata beliau: ''Mengajar di pedalaman dengan murid yang sedikit lebih susah daripada mengajar sebuah kelas dengan 40 orang murid, kerana faktor kurang pendedahan dalam kalangan murid. Dengan kepadatan waktu mengajar tujuh hingga lapan waktu sehari menyebabkan cikgu kehabisan tenaga dek keletihan pada penghujung waktu dalam sehari."Tentang elaun pedalaman, katanya, bila tinggal di pedalaman banyak duit dihabiskan untuk pengangkutan.
''Ambil contoh berikut, seorang guru yang ingin mengeluarkan duit terpaksa ke Sandakan kerana tiada mesin ATM di Beluran. Kos pengangkutan dengan bot dari Kampung Bukit Besi ke Beluran berharga RM25 seorang. Kalau guru ini tidak mempunyai kereta, dia terpaksa membayar RM18 lagi untuk ke Sandakan.
Kos yang sama terpaksa ditanggungnya apabila tugasnya selesai dan hendak berpatah balik ke Kampung Bukit Besi. Kesemuanya akan menelan kos RM86. Kesemua ini akan menyebabkan elaun pedalamannya habis.Hal ini belum termasuk tiket penerbangan yang mahal jika hendak pulang ke Semenanjung untuk bertemu yang tersayang."
Seterusnya beliau bertanya: ''Encik Wahid, kalau anda cemburu dengan gaji dan elaun guru pedalaman, kenapa tidak saudara datang dan tinggal di pedalaman, dan mengajar di sini, Anda juga akan mendapat insentif. Apa kata saudara?"
Berikut ialah jawapan saya, di sudut hati saya, saya sangat mencintai profesion perguruan. Jika diberi peluang mengapa tidak?
Jika ada kesempatan dan ruang, saya akan siarkan lagi beberapa e-mel minggu hadapan di ruangan istimewa Mysekolah ini.

Sumber: Utusan Online

Monday, April 05, 2010

Bidang kuasa beban guru dibincang

KUALA LUMPUR 4 April - Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi mengkaji beban guru di seluruh negara masih lagi di peringkat perbincangan bagi menentukan anggota dan bidang kuasanya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom yang mempengerusikan jawatankuasa tersebut berkata, selepas perkara itu diputuskan, pihaknya akan membentangkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kita akan tentukan dahulu siapa anggota jawatankuasa tersebut, bidang kuasanya serta perangkaan kasar tindakan yang diambil kepada menteri," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Penubuhan dan Mesyuarat Agung Pertama Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad di sini hari ini.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan, Abdullah Mahmood. Rabu lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru di seluruh negara.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas kementerian mendapati aduan tersebut berasas kerana terdapat guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan untuk mengajar.
Dalam pada itu, Alimuddin yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Guru Malaysia Berhad berkata, penubuhan koperasi tersebut membolehkan organisasi itu terus membela kebajikan 129,124 orang ahlinya.

Sumber: Utusan Online

Monday, March 29, 2010

Mencemburui gaji guru

Oleh WAHID HASHIM
pendidikan@utusan.com.my

SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun - maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.
Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan 'mangkuk' Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.
Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.
Seperti kata Abraham Lincoln: ''Jangan fikir apa yang negara boleh beri kepada kita, tetapi fikirkanlah apa sumbangan yang boleh kita berikan kepada negara."
Maksud tokoh itu, jangan seperti seekor burung yang keluar pagi balik petang, sekadar mahu mengisi perut sendiri dan untuk anak-anaknya. Berfikirlah lebih daripada itu. Perjuangan lebih penting.
Jadi, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu bersemuka dengan ahli kesatuan dan beberapa guru yang terlalu ghairah memperjuangkan nasib guru, maka saya ingin mengingatkan 'kepala-kepala' persatuan dan kesatuan ini supaya bersedia dengan fakta dan hujah yang waras dan logik atau laras senapang mungkin akan menghala ke arah kepala anda sendiri!
Dua isu besar yang selalu dibangkitkan ialah kerja perkeranian nan remeh temeh sehingga menambah beban seorang guru, dan kedua kenaikan gred atau mata gaji yang terlalu lembap oleh guru, apabila dibandingkan dengan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).
Memang isu yang pertama selalu bermain di bibir, tetapi tidak ada kes, data atau contoh yang boleh dijadikan asas kukuh untuk Kementerian Pelajaran melakukan tindakan susulan.
Kita perlu perhalusi bukti dan fakta. Kalau dikatakan kerja berlebihan, maka kerja lebih yang bagaimana, apa dan di mana? Nyatakan bukti dan skop. Lakukan analisis keperluan atau analisis jurang profesion. Kemukakan kertas lengkap kepada pejabat Menteri Pelajaran.
Apakah berlebihan seandainya seorang guru diminta membuat plan tindakan kecemerlangan pelajar kalau pelan itu boleh membantu meningkatkan prestasi sesebuah sekolah?
Kini sudah terdapat seramai 400,000 guru yang mendidik anak-anak kita di seluruh negara. Dalam setandan, ada sebiji yang rosak. Bukan semua. Kita faham benar dengan kekecewaan guru khususnya apabila isu tentang kenaikan gaji yang lembap disuarakan.
Memang benar kenaikan sebahagian besar gaji memang lembap berbanding PTD. Seorang ibu yang sudah 25 tahun menjadi guru mungkin baru menikmati mata gaji DG48, berbanding anaknya, pegawai PTD yang baru lima tahun berkhidmat sudah menikmati tangga gaji itu.
Untunglah kalangan guru yang cepat naik pangkat, kerana cepat jugalah kenaikan tangga gaji mereka. Bagi yang di bawah Khusus Untuk Penyandang (KUP) atau mengikut tempoh perkhidmatan, maka terpaksalah menunggu sehingga beranak, bercucu dan bercicit.
Tetapi perlulah juga diingatkan bahawa bagi setiap kenaikan gaji, maka ada beban tanggungjawab yang menyusulinya.
Maksudnya, mereka ini mungkin perlu diikat dengan konsep bai'ah. Pengetua dan guru besar mungkin sudah biasa dengan konsep bai'ah, tetapi belum bagi guru.Di bawah konsep bai'ah, pengetua atau guru besar membuat perakuan dan bersetuju bahawa dalam tempoh tiga tahun perlu ada peningkatan prestasi di sekolah mereka mengajar. Jika gagal, mereka mungkin 'dipencenkan' lebih awal.
Sekarang, guru tidak mempunyai komitmen atau akujanji terhadap pencapaian prestasi. Hal ini mungkin menyebabkan mereka goyang kaki.
Memang kita faham benar akan beban kerja guru dan pada masa yang sama masyarakat menuntut guru melakukan yang terbaik untuk mendidik anak bangsa. Namun, kalau kita percaya bahawa perbuatan baik dan kerja yang ikhlas akan dibalas dengan perkara yang baik juga, maka pasti kepentingan perjuangan kita akan mengatasi habuan dunia yang sementara ini.

Sumber: Utusan Online

Wednesday, March 24, 2010

13,000 guru tambahan BM, BI

KUALA LUMPUR 21 Mac - Penambahan bilangan waktu mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah, menengah dan matrikulasi adalah satu usaha molek agar masa belajar bersama guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Inggeris dipertingkatkan dan diperkemas.
Menurut sumber di Kementerian Pelajaran ketika dihubungi di sini hari ini, selari dengan penambahan jumlah waktu Bahasa Inggeris, Kementerian Pelajaran akan menambah guru Bahasa Inggeris sebanyak 13,000 orang dengan pengambilan guru dari Institut Perguruan Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).  Selain itu, pengambilan guru bersara dan guru dari luar negara yang akan ditempatkan di luar bandar akan dapat membantu memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.
Satu lagi usaha yang positif oleh KPM adalah dengan tambahan guru penolong bagi membantu guru bahasa bagi kelas yang bilangan murid melebihi 35 orang di tahap satu dan tahap dua, tambah sumber tersebut. Dengan adanya guru penolong, bebanan guru Bahasa Inggeris dalam pengendalian kelas akan dikurangkan dan tumpuan pada pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipertingkatkan. Pihak kementerian juga akan menambah baik fungsi dan peranan makmal komputer di sekolah selaras dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran bahasa.KPM juga akan meningkatkan penggunaan perisian, perkakasan komputer dan pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.  Di samping itu, KPM dijangka memperkukuhkan perkongsian pintar antara KPM dengan agensi luar, seperti British Council, Suruhanjaya Tinggi Australia dan Malaysia America Culture and Education Exchange (MACEE) untuk meningkatkan pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

Sumber: Utusan Online

Thursday, March 11, 2010

Bayaran wad mansuh


KUALA LUMPUR 10 Mac – Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap kakitangan dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuat kuasa 1 April ini.
Mereka yang akan mendapatkan faedah daripada pengumuman baru kerajaan ini membabitkan 1,253,026 penjawat awam yang masih berkhidmat dan juga 528,583 pesara. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam berkata, menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam, pemansuhan itu turut melibatkan anggota keluarga dan ibu bapa mereka. Bagaimanapun, kata beliau, bagi pesara pula, ia hanya tertakluk kepada penerima pencen iaitu isteri serta anak-anak dan tidak melibatkan ibu bapa. “Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang (RM10 sehari), Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua iaitu RM8 sehari), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga iaitu RM6 sehari) dan Gred 1-20 (Kelas 2) iaitu RM3 sehari.
Kata beliau, kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan. Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.
Ismail berkata, jika pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakan ditetapkan, pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan ke atas orang awam.
“Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan,” katanya. Beliau berkata, dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan itu, perenggan C2 berkaitan kelayakan dan kadar bayaran wad di Lampiran C8 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 adalah terbatal.
Selain itu, pekeliling baru ini juga membatalkan kenyataan di perenggan 11 berkaitan kadar bayaran wad sehari di Lampiran O Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1991, dan Bahagian J berkaitan permohonan perbelanjaan bagi rawatan di luar negeri di Lampiran B Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009.
Menurut beliau, peruntukan pekeliling perkhidmatan itu pada keseluruhannya turut dipanjangkan kepada semua kakitangan perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Sumber: Utusan Online

Tuesday, March 09, 2010

Pemberian insentif galak guru bekerja keras - NUTP

KUALA LUMPUR 8 Mac - Pemberian insentif kepada semua pengetua, guru besar dan guru yang berupaya meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa dianggap sebagai langkah yang tepat pada masanya. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, pengumuman tersebut adalah inisiatif yang akan membakar semangat kepada guru untuk terus bekerja keras.
"Ini adalah sesuatu yang menarik, saya cukup bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri yang mahukan kecemerlangan dalam bidang pendidikan terus dilakukan oleh guru-guru. "Sebelum ini hanya pengetua atau guru besar yang dapat insentif daripada kejayaan yang dihasilkan oleh sekolah, jadi ini tidak sepatutnya kerana kejayaan datangnya daripada kesungguhan guru yang ditugaskan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan untuk memberi insentif termasuk kenaikan pangkat kepada guru yang terlibat meningkatkan pencapaian sekolah. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian tersebut perlu diberikan secara menyeluruh kerana kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada seorang pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru. Menurut Muhyiddin, maklumat berhubung pelaksanaan insentif baru itu akan diperincikan menerusi Pelan Menambah Baik Sekolah-Sekolah yang akan diumumkan pada 16 Mei ini. Sementara itu tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula berkata, pemberian insentif ini kena pada tempatnya kepada guru-guru yang bekerja keras. "Ini adalah pengiktirafan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang tidak henti-henti mahukan kejayaan daripada anak didiknya, pengiktirafan ini perlu diberikan kepada golongan guru-guru tersebut.
"Dengan adanya insentif tersebut, kejayaan yang direncanakan oleh guru-guru terbabit akan dianggap satu kejayaan yang begitu besar dan paling bermakna," ujarnya. Bagi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Dr. Mohd. Ali Hassan pula, pihaknya begitu menyokong dengan pengiktirafan yang telah dicadangkan itu. "Sebenarnya guru-guru lain juga memberi kesungguhan mereka terhadap sesuatu kejayaan yang telah dikecapi, tidak adil bagi saya jika hanya pengetua atau guru besar yang dapat pengiktirafan.
"Tanpa kerjasama guru-guru, kejayaan mungkin tidak akan dikecapi oleh pihak sekolah," katanya.

Sumber: Utusan Online

Monday, February 22, 2010

Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah ditubuh

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Kementerian Pelajaran menubuhkan satu Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah bagi merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan di sekolah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, dalam kenyataan media hari ini, berkata, jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan dianggotai wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara ini.
Beliau berkata, jawatankuasa itu selaras dengan dasar kementerian yang ingin mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan mulai 2011.
"Semua pengetua, pejabat pelajaran daerah (PPD) dan jabatan pelajaran negeri telah diarah mengambil tindakan di atas pelaksanaan dasar ini sejajar dengan hasrat kita untuk melaksanakan konsep 1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah,” katanya.
Beliau berkata, dasar ini akan dapat meningkatkan penyertaan menyeluruh di kalangan pelajar sekolah yang berjumlah 5.4 juta di 10,000 sekolah di negara ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan untuk mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan bagi mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.
Di bawah dasar itu, pelajar akan diberi kredit atau markah bagi membuka peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. – Bernama

Thursday, January 28, 2010

Kementerian Pelajaran terima bantuan tambahan RM700j

CEBU 27 Jan. - Kementerian Pelajaran dijangka menerima bantuan tambahan sebanyak kira-kira RM700 juta bagi membolehkan bantuan untuk pendidikan yang dikurangkan pada Bajet 2010 lalu, diteruskan semula. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu adalah perkiraan kasar yang dibuat kementerian beliau selepas Kabinet hari ini bersetuju meluluskan usul menimbangkan semula pemberian bantuan itu.
Beliau pada mesyuarat Kabinet itu diwakili oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menjalankan tugas sebagai Menteri Pelajaran. "Kita akan berunding dengan Kementerian Kewangan berapa bantuan yang disediakan semula itu supaya mana-mana bantuan yang terpaksa kita kurangkan sebelum ini boleh dilaksanakan seperti biasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat salah satu sesi perbincangan yang dihadiri beliau di sini, sempena Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEC) Ke-45.
Pada pembentangan Bajet 2010 lalu, kerajaan terpaksa mengurangkan bantuan tahunan bagi sekolah-sekolah berbanding tahun sebelum ini kerana defisit yang didepani negara. Pengurangan bantuan itu mencakupi enam perkara iaitu skim bantuan tuisyen, bantuan pakaian sekolah beruniform, bantuan makanan asrama dan rancangan makanan tambahan.
Turut dikurangkan ialah bantuan elaun murid berkeperluan khas dan sukan serta kokurikulum. Menurut Muhyiddin, keputusan memberikan semula bantuan bagi pendidikan itu menunjukkan kerajaan sangat prihatin dengan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa dan pelajar. Dalam masa yang sama, beliau melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan kerana memberi perhatian sewajarnya kepada perkara tersebut.
"Harapan saya isu bantuan kepada pendidikan selepas ini tdak lagi berbangkit di kalangan ibu bapa dan para pelajar pula tidak menjadikannya alasan untuk meneruskan pembelajaran dengan sempurna," katanya.
Sumber: Utusan Online

Tuesday, January 26, 2010

Tidak tertanggung



TIBA-TIBA timbul isu jawatan pembantu guru berikutan beberapa kemalangan maut yang menimpa pelajar ketika melakukan aktiviti di luar sekolah. URUS PENDAFTARAN...guru perlu menguruskan sesi pendaftaran dan pembayaran yuran pelajar selain menjadi pendidik. TIBA-TIBA timbul isu jawatan pembantu guru berikutan beberapa kemalangan maut yang menimpa pelajar ketika melakukan aktiviti di luar sekolah. Terbaru, enam pelajar sekolah menengah termasuk seorang guru di Pulau Pinang maut selepas bot naga yang mereka gunakan untuk latihan mendayung terbalik selepas dipukul ombak besar Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu jawatan itu diwujudkan bagi melakukan tugas pengkeranian termasuk mengisi borang dan mengiring murid sama ada untuk acara sukan atau klinik. Dengan nisbah seorang pembantu guru bagi setiap 500 murid, guru dapat bebas daripada beban tidak perlu dan menumpu kepada tugas mengajar.

Ini kerana guru dikekang dengan pelbagai kerja pengkeranian dan tugas remeh yang mengambil banyak masa mereka selain mengajar. Masalahnya, perlukah jawatan pembantu guru di sekolah diwujudkan? Bagaimana dengan kos untuk jawatan itu, mampukah kementerian atau sekolah membiayainya kerana guru pembantu dianggap profesional? Seorang guru pembantu perlu mempunyai kemahiran memberi rawatan kecemasan, berenang atau menguruskan murid? Guru yang hanya mahu dikenali sebagai Shima, 40, berkata pembantu guru sangat diperlukan terutama menguruskan hal pengkeranian di sekolah.
Menurutnya, masyarakat mungkin menganggap tugas guru ini senang dan hanya mengajar beberapa jam sehari."Hakikatnya, guru bukan hanya sekadar mengajar, tapi bertanggungjawab menguruskan pelbagai hal termasuk kerja pengkeranian dan keceriaan sekolah.
"Beban kerja yang bertambah menyebabkan kami selalu pulang lewat ke rumah. "Selain melakukan kerja di rumah termasuk melayan anak-anak dan suami, terpaksa pula memeriksa buku murid kerana tiada masa berbuat demikian di sekolah," katanya.
Katanya, jika ada guru pembantu, mereka boleh menguruskan pembayaran yuran dan membimbing pelajar dalam persatuan."Kadangkala, guru sendiri terpaksa mengeluarkan duit membeli kelengkapan selain mengambil masa pembelajaran bagi menyelesaikan urusan pelajar," katanya.
Dia yang 13 tahun menjadi pengajar mengakui tugas guru membeban dan mencabar kerana melakukan pelbagai tugas yang kadangkala remeh temeh.
"Jika ada sebarang acara seperti sukan, pertandingan, aktiviti kokurikulum, guru akan mengendalikannya. Kerja menceriakan sekolah, melukis mural, menanam bunga termasuklah membeli bunga juga dilakukan guru. "Kadangkala kami hanya ada masa 20 minit berehat. Itu belum termasuk masalah yang perlu dikendalikan membabitkan ibu bapa pelajar," katanya.
Menurutnya, bagi guru yang menjadi guru kelas kepada pelajar tingkatan tiga dan lima, kerja pengurusan lebih rumit dan meletihkan.
"Bermula dari awal tahun, guru sibuk menguruskan borang yang perlu diisi untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SMP). "Ia belum disertakan dengan peperiksaan lain yang harus pelajar hadapi.
"Guru dibebani dengan pelbagai tugasan yang remeh sehingga mereka tidak boleh fokus untuk mengajar," katanya. Justeru, Shima mengakui, pembantu guru adalah sangat diperlukan dan ia perlu disegerakan.
Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Dr Mohd Ali Hassan, berkata keperluan terhadap pembantu guru amat mendesak berikutan nisbah guru dan pelajar jauh berbeza.
"Kini, beban guru lebih berat kerana mereka perlu menguruskan pelbagai hal termasuk menyelia, mengurus dan mengiringi pelajar membabitkan kokurikulum," katanya.Mohd Ali bersetuju dengan cadangan memperkenalkan pembantu guru itu, tetapi ia harus dihalusi sebelum pelaksanaannya.
"Pembantu guru diperkenalkan bagi membantu meringankan beban guru terutama berkaitan pengurusan.
"Tetapi, skop kerja, ruang kerjaya dan tangga gaji pembantu guru itu perlu ada garis panduan."Kita tidak mahu pembantu guru kekal di takuk itu tanpa kenaikan gaji atau pangkat," katanya. Selain itu, katanya, pembantu guru juga perlu mendapatkan latihan dan pendedahan yang baik dan bukan hanya sekadar melakukan kerja pengurusan pelajar," katanya.
Katanya, pembantu guru bukan sekadar menjadi pengiring pelajar dalam aktiviti luar, tetapi perlu mempunyai kemahiran merawat jika berlaku kecemasan, berenang atau kebolehan mengawal pelajar dalam jumlah yang banyak.
Beliau tidak menolak kemungkinan, ibu bapa kini takut untuk membenarkan anak mereka melakukan aktiviti luar selepas beberapa kejadian yang berlaku membabitkan kehilangan nyawa. "Harapan kita dengan adanya pembantu guru, ibu bapa lebih yakin untuk membenarkan anak mereka mengambil bahagian dalam aktiviti di luar sekolah.
"Sekolah juga perlu bertanggung jawab dan jangan lepas tangan jika mengambil bahagian dalam aktiviti luar," katanya.

Sumber: Metro Online

Monday, January 25, 2010

14 Sekolah Menengah, Enam Sekolah Rendah Diumum Sekolah Berprestasi Tinggi

PUTRAJAYA, 25 Jan (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), yang terdiri daripada 14 sekolah menengah dan enam sekolah rendah di seluruh negara. Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata daripada 14 sekolah menengah, 10 adalah sekolah berasrama penuh manakala bakinya sekolah menengah harian. "Sekolah ini dipilih dari kalangan sekolah-sekolah yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan bidang kebitaraan masing-masing. "SBT akan dibimbing dan dipantau secara khusus untuk menjamin berlaku lonjakan prestasi sekolah secara berterusan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini pada Isnin. Sepuluh sekolah berasrama penuh ialah Sekolah Tun Fatimah (Johor Baharu), Sekolah Dato' Abdul Razak (Seremban), Kolej Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya), Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra). Kolej Tunku Kurshiah (Seremban), Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang), Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis), Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya) dan SMS Muzaffar Syah (Melaka). Manakala empat sekolah menengah harian ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya), SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur), SMK Sultanah Asma (Alor Setar) dan SMK (P) St. George (Pulau Pinang).
Enam sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL), SK Taman Tun Dr Ismail 1 (KL), SK Bukit Damansara (KL), SK Zainab (2) (Kota Baharu), SK Convent Kota (Taiping), SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Baharu).
Muhyiddin berkata SBT bukanlah sekolah elit yang akan memberi manfaat kepada hanya sebilangan kecil pelajar, sebaliknya setiap sekolah di negara ini mempunyai peluang yang sama dan boleh bersaing di "padang yang sama rata" untuk diiktiraf sebagai SBT. "Mana-mana sekolah yang mencapai sasaran kecemerlangan dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan akan diiktiraf sebagai SBT dan mendapat kemudahan serta ganjaran yang sama," katanya. Muhyiddin berkata kementerian mensasarkan 30 SBT pada tahun depan dan jumlah itu akan meningkat kepada 50 pada tahun 2012.
Beliau berkata rasional pengiktirafan itu dibuat bagi mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik ke taraf dunia, menghasilkan pelajar yang cemerlang dan merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem.
SBT akan diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid, katanya. Beliau berkata dari segi kurikulum, ia fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi mata pelajaran wajib dan elektif, mematuhi peperiksaan awam dan menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa.
Selain itu, katanya sekolah berkenaan diberi kelonggaran dalam menetapkan waktu pengajaran minima mata pelajaran, memanjangkan waktu persekolahan dan membenarkan murid menamatkan tempoh persekolahan setahun lebih awal iaitu seperti kelas lompat yang telah diperkenalkan sebelum ini. Muhyiddin berkata dari segi pemilikan bajet, kewangan disalur melalui geran secara sekaligus pada awal tahun persekolahan, fleksibiliti penuh untuk pengagihan kewangan mengikut keperluan dan pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
"Setiap sekolah mempunyai bajet mereka sendiri, tetapi dengan status ini, mereka diberi peruntukan tambahan dan mereka boleh menggunakannya untuk apa sahaja yang mereka rasa perlu," katanya.
Beliau berkata pengurusan staf adalah berdasarkan prestasi iaitu pengambilan staf tidak berdasarkan kekananan tetapi prestasi pencapaian, kelonggaran dalam menyediakan lebih bayaran (bayaran lebih masa) dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf. "Selain itu, kelonggaran untuk memindahkan staf sekiranya prestasi kurang memuaskan dan pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik," katanya. Beliau berkata laporan tahunan berdasarkan petunjuk keberhasilan setiap sekolah dan pemeriksaan sekolah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang telah diubahsuai.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata SBT perlu memenuhi enam kriteria yang ditetapkan iaitu pencapaian akdemik yang cemerlang, melahirkan personaliti unggul, merangkul anugerah Kebangsaan dan Antarabangsa, mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi. "Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah-sekolah tempatan dan antarabangsa serta menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah di dalam dan luar negara," katanya. Beliau berkata antara peranan yang perlu dimainkan oleh SBT sebagai sumbangan kepada sekolah lain ialah guru-guru SBT menjadi mentor kepada guru di sekolah lain, melalui program "immersion" membabitkan pengetua, guru besar dan guru.
Bagi pembangunan berterusan sebagai status SBT, sekolah terbabit antara lain perlu meningkatkan pelan strategik, pengurusan, program akademik dan kokurikulum sokongan serta menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah lain dari dalam dan luar negara.
Muhyiddin berkata sekolah dari pedalaman dan luar bandar juga boleh dipilih sebagai SBT jika ia memenuhi kriteria yang ditetapkan.
"Saya tahu tidak mungkin semua 10,000 sekolah (di seluruh negara) akan naik ke tahap itu, tetapi tidak kira sekolah bandar, luar bandar dan pedalaman jika mereka boleh memenuhi kriteria yang ditetapkan akan direkod sebagai SBT. "Tetapi jika sekolah luar bandar dan pedalaman ada kekangan kerana kemudahan belum setara dan setanding, jangka panjangnya kita akan terus perbaiki," katanya.

Sumber: BERNAMA

Subjek teknologi nano perlu diperkenal di sekolah rendah

SHAH ALAM 24 Jan. - Kerajaan disaran memperkenalkan mata pelajaran berkaitan teknologi nano di peringkat sekolah rendah sebagai persediaan negara untuk bersaing dengan negara-negara maju kerana ia akan mengambil alih teknologi canggih yang ada sekarang.

Pemenang Anugerah Merdeka 2009, Profesor Dr. Halimaton Hamdan berkata, pendedahan pada usia muda amat penting bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja faham tentang teknologi nano tetapi memahami keperluan teknologi berkenaan dalam kehidupan manusia 10 atau 20 tahun akan datang. Beliau yang juga Pensyarah Jabatan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menambah, menerusi pendedahan itu, murid-murid dapat mengetahui pentingnya ilmu sains dikuasai hingga ke peringkat tertinggi sejajar dengan perkembangan semasa yang mungkin pada masa dahulu teknologi nano dianggap terlalu asing. ''Teknologi nano adalah ilmu yang menggabungkan pelbagai ilmu sains seperti kimia, fizik, biologi, kejuruteraan serta sebagainya dalam menghasilkan sesuatu produk menerusi penyelidikan dan pembangunan. ''Inilah teknologi pada masa depan yang memerlukan inovasi dan kreativiti tinggi," katanya ketika menyampaikan ceramah Anugerah Merdeka di Universiti Industri Selangor di sini semalam. Halimaton, 53, adalah penerima Anugerah Merdeka kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi. Pengiktirafan itu diberi berdasarkan kejayaan beliau menghasilkan 'Maerogel' iaitu sejenis 'aerogel' daripada sekam padi sekali gus mengurangkan 80 peratus kos penghasilannya.
Bahan itu mempunyai nilai komersial tinggi dan boleh diguna untuk mengurangkan suhu panas bangunan konkrit, menyerap tumpahan minyak serta pencemaran udara dan dijadikan panel kalis bom. Halimaton juga berharap sama ada institusi pengajian tinggi awam atau swasta mesti mempersiapkan sumber tenaga kerja yang dikeluarkan dapat menguasai ilmu-ilmu yang boleh membantu negara maju dalam teknologi tersebut.
Sehubungan itu, beliau memuji langkah kerajaan meluluskan penubuhan direktori teknologi nano sebagai usaha memantapkan perkembangan serta mempertingkatkan kemajuan bidang tersebut.''Kita bertuah kerana mendapat sokongan padu daripada kerajaan untuk memajukan teknologi berkenaan yang menjadi penggerak penting untuk sesebuah negara dalam abad ke-21," ujarnya. Tanpa penguasaan teknologi nano, tegas Halimaton, sesebuah negara akan terus ketinggalan dalam banyak aspek kerana penguasaan teknologi itu juga bermakna mereka berada dalam landasan yang betul bagi meningkatkan lagi sumber pendapatan negara.
Beliau berharap, golongan belia khususnya akan merebut peluang untuk menguasai ilmu dalam teknologi nano kerana ia menawarkan bidang kerjaya yang cukup banyak dan pulangan lumayan bagi mereka yang menguasainya.

Sumber: Utusan Online

Kerajaan tidak bincang hapuskan COLA

KOTA BHARU 24 Jan. - Kerajaan tidak pernah berbincang sama sekali mengenai cadangan untuk menghapuskan elaun yang dinikmati kakitangan awam pada masa kini seperti elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA).

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, khabar angin yang mengatakan elaun tersebut akan dipotong sengaja dicipta oleh pihak tertentu semata-mata untuk mengalih perhatian daripada masalah sebenar yang dihadapi parti pembangkang sekarang.
Beliau berkata, ia disebabkan pembangkang cuba mencari isu untuk menghimpit dan menekan kerajaan kerana rakyat berada dalam keadaan yang agak susah disebabkan kemelesetan ekonomi dunia. "Saya tengok isu COLA sebenarnya satu isu yang tidak ada tetapi diada-adakan disebabkan pembangkang nampak isu-isu yang ada sekarang hanya menekan mereka, jadi mereka cari isu untuk menampakkan kerajaan tidak prihatin keadaan rakyat yang berada dalam keadaan susah akibat kemelesetan ekonomi.
"Kerajaan tidak pernah bincang langsung pasal tarik balik COLA atau ITKA, kalau bincang pasal subsidi adalah, itu pun perkara biasa tetapi COLA tidak ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cawangan Perbankan Islam Bank Simpanan Nasional (BSN) di Pengkalan Chepa di sini hari ini. Turut hadir Pengurus Besar / Ketua Eksekutif BSN, Datuk Adinan Maning.
Ia merupakan cawangan pertama BSN di negara ini yang memberikan perkhidmatan khusus dalam sistem perbankan Islam.
Pada majlis tersebut seramai 10 pelajar dari Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa menerima sumbangan dari BSN.  Awang Adek berkata, beliau berharap rakyat tidak akan terpengaruh dengan khabar angin mengenai penghapusan COLA yang disebarkan pihak tertentu untuk mencari modal politik murahan.

Guru saman malu RM1.5 juta

ALOR SETAR 24 Jan. - Sepasang suami isteri memfailkan saman malu berjumlah RM1.5 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga kakitangan awam kerana didakwa melakukan konspirasi menganiaya pasangan tersebut.Kedua-dua plaintif, Mohd. Afandi Abd. Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd. Rozi, 38 adalah seorang guru.Mohd. Afandi dan Roziaini menamakan Munajat Tamrin selaku defendan pertama yang merupakan pegawai bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah serta terlibat dalam menyelenggarakan pertukaran guru-guru sekolah. Defendan kedua ialah, Noriah Murad, merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Alor Setar, Jalan Langgar, tempat Roziaini mengajar pada tahun 2004. Defendan ketiga pula Abdul Aziz Hanifa, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar yang merupakan sekolah Mohd. Afandi bertugas pada 2004. Mohd. Afandi memberitahu, dia memfailkan saman itu terhadap ketiga-tiga defendan kerana mereka mengakibatkan tekanan perasaan kepadanya dan isteri. "Saya dan isteri dilemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga menyebabkan kami menghadapi tekanan.
"Akibat tekanan yang timbul saya terpaksa mengambil cuti mengajar selama satu tahun setengah bermula awal 2005 hingga 2006," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Jelasnya, konspirasi ketiga-tiga defendan mengaibkan dia dan isterinya bermula apabila isterinya yang menghadapi masalah tekanan mental dan fizikal berjumpa defendan pertama untuk membincangkan hal pertukaran isterinya ke sekolah lain yang dekat dengan rumah mereka. Ujarnya, selepas isterinya dapat bertukar ke sekolah yang dipohon bermulalah konspirasi antara defendan pertama dan kedua terhadap isterinya.
"Pertukaran isteri saya tidak disenangi defendan pertama kerana isteri saya dapat bertukar sekolah dengan sedikit bantuan pihak pentadbiran kerajaan negeri Kedah. "Saya juga turut menjadi mangsa apabila defendan pertama membuat pakatan dengan defendan ketiga," katanya. Beliau mendakwa, akibat pelbagai tekanan serta konspirasi yang dibuat ketiga-tiga defendan itu, dia dan isteri mengalami kemurungan yang dahsyat.
Mohd. Afandi kini mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Perdana di sini manakala Roziaini mengajar di Sekolah Kebangsaan Tengku Raudzah.

Sumber: Utusan Online

Friday, January 22, 2010

Sekolah prestasi tinggi diumum esok

MIRI 21 Jan. - Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan nama 20 sekolah berprestasi tinggi (SBT), Sabtu ini. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sekolah yang dipilih adalah antara 10,000 sekolah di negara ini yang telah menjalani penilaian pada tahun lalu.
Menurutnya, pemilihan sekolah berkenaan dibuat berdasarkan prestasi dan pencapaian akademik serta kurikulum sekolah, hasil usaha dan kerjasama kepimpinan sekolah, pelajar serta ibu bapa. "Apabila sekolah ini telah terangkum sebagai sekolah terbaik, kita akan pastikan supaya mutunya tidak menurun.
"Kita mahu tingkatkan supaya ia menjadi sekolah contoh kepada sekolah lain supaya mereka dapat berdiri sama tinggi dengan sekolah berprestasi tinggi itu," jelasnya. Beliau berucap merasmikan Sekolah Kebangsaan Kampung Bakam yang menelan kos RM17 juta di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud; kedua-dua timbalannya, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom. Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya tidak salah faham berhubung pengumuman SBT. Muhyiddin menegaskan, sekolah berkenaan bukan sekolah istimewa atau sekolah elit yang akan menerima lebih peruntukan berbanding sekolah lain. "Mereka adalah sama, tetapi berdasarkan usaha yang dilakukan pengetua, guru besar, ibu bapa, pelajar dan guru serta bantuan kerajaan maka mereka dapat meningkat dari segi prestasi dan pencapaian dalam bidang akademik dan kurikulum," jelasnya.
Menurutnya, SBT merupakan satu daripada empat sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Kementerian Pelajaran iaitu menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti. Beliau menambah, mulai tahun depan, kementerian akan memberi ganjaran kepada pengetua atau guru besar serta semua guru di sekolah yang mencapai kemajuan cemerlang daripada aspek akademik dan kokurikulum. Tanpa menyebut bentuk ganjaran itu, beliau berkata, pemberian tersebut akan mengambil kira prestasi dicapai sekolah yang dinilai untuk tahun ini.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau percaya bidang pendidikan tetap diberi perhatian dan mendapat peruntukan lebih besar dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). "Kita harap dengan sokongan semua pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bidang pendidikan akan terus diberi perhatian serius dan saya harap perbelanjaan lebih besar akan disediakan," katanya.

Sumber: Utusan Online