INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, January 03, 2010

ABC dalam Kehidupan

A : Adil pada dirimu

B : Beranikan dirimu

C : Cekalkan hatimu

D : Derma selalu

E : Elakkan pertelingkahan sesama kita

F : Fikir sebelum bertindak terburu-buru

G : Gembira selalu

H : Hormat orang tua

I : Ingat akan tuhan

J : Jangan berdusta

K : Kasih akan daku

L : Lemah lembut amalan semua

M : Makan makanan seimbang

N : Nafsu jangan dituruti

O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu

P : Pentingkan kesihatanmu

Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu

R : Rajin berusaha

T : Tanamkan sifat bekerjasama

U : Utamakan alam sekitar

V : Variasikan pengalamanmu

W : Wajibkan amalan membaca Al-Ouran

X : X-ray diri sendiri

Y : Yakin pada diri sendiri

Z : Zalim jangan sekali

Friday, December 11, 2009

Syukur seadanya...

Anda bosan dengan kerja anda sekarang? Anda dibebani dengan tugas yang memeningkan kepala? Anda stress kerana tak dapat membahagikan masa untuk melaksanakan kerja yang dirancang? Penyelia anda asyik menekan anda?
Anda patut bersyukur kerana anda masih dapat memperolehi pendapatan yang tetap setiap bulan..
Anda patut bersyukur kerana anda masih boleh menyara keluarga anda hingga sekarang..
Anda patut bersyukur kerana dikurniakan kekuatan dan kesihatan untuk menjalankan tugas..
Dan anda memang patut bersyukur dengan kerja anda sekarang dan muhasabahlah diri anda sendiri jika anda melihat imej yang tertera dibawah...









Nah.. apa perasaan anda sekarang?
Ingatlah bahawa jika kita kaya, masih ada yang lebih kaya dari kita...
Jika kita dalam kesusahan, masih ada lagi yang lebih malang dari kita..
Jika kita sakit, masih ada yang lebih tenat dari kita..
Jika kita rasa kerja kita terlalu membebankan, masih ada lagi yang perlu kerja dengan lebih teruk untuk mendapatkan sesuap nasi..Oleh itu, fahami dan cuba perhalusi erti nikmat bersyukur!