INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Monday, May 10, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan 4

8 Mei 2010- BERGUNA!!! Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) kali ke 4 yang telah berlansung pada hari sabtu lepas amat banyak manafaat kepada semua guru. Tajuk LDP kali ini ialah Pembinaan Laman web.  En Anas Sabri selaku pengerusi majlis telah menjalankan tugas yang sangat mengkagumkan. Majlis bermula dengan penyampaian taklimat Emis Online oleh En Roslan. Kemudian perbentangan P&P oleh Puan Siti maryam dan Cik Maslena. Perbentangan yang amat mengujakan!!!Tahniah!!
Seterusnya, En Sharizi dari PERDA telah dijemput untuk menyampaikan ceramah. Penyampaian yang bersahaja dan santai sangat  menyenangkan. Banyak ilmu yang telah dikongsi terutamanya soal penjagaan komputer. Pada Slot yang pertama, beliau menerangkan perihal sejarah kemunculan komputer dan penjagaan komputer. dalam slot pertama ini, beliau lebih memperihalkan asas dalam komputer. Pada Slot yang kedua, Pembikinan laman web. Beliau mengajar guru-guru bagaimana langkah-langkah penyediaan laman web di peringkat asas.  Diperingkat akhir, perbentangan oleh wakil guru iaitu puan Fazliani dan En Veera hasil daripada bengkel pembinaan laman web. Diharap dimasa akan datang akan dilaksanakan lagi. terutamanya yang berkaitan komputer.



No comments:

Post a Comment