INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Wednesday, May 05, 2010

Berusaha!!!!

5 Mei 2010- GIGIH. Itulah perkataan yang sesuai tatkala melihat murid-murid Sk Seri Relau menjalankan aktiviti latihan sukan. Setiap murid saling bersaing sesama sendiri untuk melayakkan mereka mewakili rumah sukan mereka. Semangat ini patut dipuji. Sememangnya murid-murid kita sangat berbakat dalam bidang sukan. Terutamanya dalam acara olahraga. Kita sudah berjaya melahirkan ramai atlet licik yang berjaya di peringkat negeri. Hatta ada dikalangan murid kita mewakili olahraga hingga ke peringkat kebangsaan.!!!
Bahang Sukan Tahunan Sekolah makin terasa. Sukantara sudah berlabuh tirai. Rumah biru telah mengungguli juara keseluruhan sukantara. Manakala Rumah hijau diikuti rapat bersama merah dan kuning. Dari segi pungutan mata masih tidak banyak beza. Rumah kuning masih lagi berpeluang menjuarai sukan tahunan. Siapa tahu bukan?Begitu juga dengan rumah merah. Ayuh!!!Berusaha dengan lebih gigih!!

No comments:

Post a Comment