INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Saturday, May 22, 2010

Ikhlaslah.....

                                                                                     
Dalam Islam, melakukan pekerjaan dengan penuh ikhlas sangat dituntut. Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan amalan bukan kerana Allah.”
Dalam konteks kita sebagai pendidik, seringkali kita dilimpahi dengan pelbagai kerja, pelbagai urusan yang kadangkala bila difikir, bila kita teliti sewajarnya tidak ada kena mengena dengan kita. Memang, kadangkala tugas 'lain-lain'yang diamanahkan kepada kita akan menyebabkan berlaku ketirisan dalam tugas utama kita. Akan menyebabkan berlaku kelambakkan tugas. Kadangkala menyebabkan kita tertekan dengan banyaknya tugas yang perlu kita siapkan. Kadangkala, kita terpaksa korbankan masa cuti kita, sedang rakan-rakan lain 'enjoy' ketika cuti sekolah, kita pula terpaksa hadir ke sekolah untuk selesaikan tugas yang tak pernah habis. Apabila ini berlaku, maka kita akan menjadi irihati, akan menjadi 'berat tulang' apabila kita ingin mendapat khidmat mereka. Apabila kita meminta pertolongan daripada mereka. Benar, kita tidak wajar menunding kepada mereka kenapa ianya berlaku....
Inilah yang  ingin penulis ketengahkan. Berbicara soal ikhlas. Pada perenggan awal telah dinyatakan konotasi tentang ikhlas.
Disini saya bagikan konteks ikhlas sebagai dalam dua bentuk. Pertama ikhlas terhadap murid dan ikhlas terhadap rakan sekerja.
Sebagai pendidik, keikhlasan dalam kerjaya sangat penting. Ikhlas untuk mengajar apa jua bentuk pengajaran dan pembelajaran. Tidak kira apa yang kita ajar dalam kelas mahupun di luar kelas. penulis yakin, dalam konteks ini semua dari kalangan kita ikhlas dalam menjalankan tugas. ikhlas disetiap apa yang telah kita lakukan hanya untuk kebaikan kepada murid yang kita sayangi. Percayalah, walaupun kita tidak mengetahui kesemua ilmu, terutamnya ilmu agama, sewajarnya, kita tidak boleh mengambil langkah dengan menyatakan 'tidak' untuk mengajar kepada anak didik kita. Sebagai pendidik yang dikatakan serba boleh, kita perlu usaha untuk mengisi lompang-lompang kecetekkan ilmu kita. Zaman sekarang mudah untuk kita peroleh ilmu dengan mudah. Banyak sumber yang  mudah kita peroleh. Jika kita cetek ilmu agama, kita boleh cari dimana sepatutnya, jika kita cetek ilmu alam, kita sudah tentu apakah sumber-sumber yang boleh kita peroleh. Amat menyedihkan apabila kita berkata 'tidak tahu' seolah-olah kita menyerah kalah, seolah-olah kita mencari alasan agar tidak melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. walaupun sekadar tugas tersebut hanya sukarela. Adalah lebih baik kita belajar daripada kita tidak mahu belajar jika kita tidak ketahuinya.

Kedua, Ikhlas dengan rakan sekerja. Sikap ikhlas, tolong menolong sesama rakan sekerja perlu diterapmasuk dalam setiap sanubari  dikalangan kita. Sikap ikhlas dengan rakan sekerja akan menimbulkan keindahan dalam organisasi. Sikap yang tidak 'berkira' sesama kita akan memberi impak yang sangat besar kepada sekolah yang kita cintai. janganlah terlalu individualistik dengan rakan-rakan kita. Cubalah kita ikhlas sesama kita. Orang yang ikhlas tidak menyusahkan dirinya dengan perkara ini. Slogannya bersama Allah swt ialah :

Semoga kamu merasai kemanisan,
sedangkan kehidupan itu penuh kepahitan,
Semoga kamu menjadi redha,
sedangkan manusia marah,
Semoga ada orang memakmurkan,
di antara aku dan kamu,
sedangkan di antara aku dan dunia ada kehancuran,
Jika benarlah kamu mempunyai perasaan kasih,
maka semuanya menjadi mudah,
dan setiap sesuatu yang berada di atas tanah
adalah tanah…

No comments:

Post a Comment