INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Wednesday, June 02, 2010

Tahniah!Tahniah!Tahniah!!

ALHAMDULILLAH. Selesai sudah Temasya Sukan Tahunan sekolah kita. Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan rumah merah. Nampaknya, pada tahun ini, gelombang 'Red Giant' memberi kejutan. Rasanya tidak skeptikal jika memberi pujian hiperbola kepada pasukan rumah merah. Ternyata, berkat usaha gigih, bersatu padu telah membuahkan hasil. Inilah yang kita mahukan sebenarnya. Setiap pasukan layak bergelar juara. Setiap pasukan layak bergelar TERBAIK. Walaubagaimanapun, pasukan lain masih lagi hebat. Cabaran sukan tahun ini sangat sengit. Masing-masing mahukan yang terbaik. Tahniah juga diucapkan kepada pasukan biru, kuning dan hijau. Tahniah juga diucapkan kepada pegawai-pegawai sukan yang sama-sama menjayakan sukan tahunan kita. Sesungguhnya, jasa kalian sukar dibalas. Terima Kasih CIKGU!!!
Rasanya tidak lengkap andai tidak mengucapkan rasa jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi datang ke Kejohanan Sukan Tahunan sekolah. Terima kasih kerana sama2 memberi sokongan kepada pihak sekolah. Tidak keterlaluan dikatakan  disini bahawa andai tiada kehadiran di pihak ibu bapa sebenarnya, sukan kita tiada serinya. Tiada meriahnya. Maka, dengan kehadiran ibu bapa yang memberasangkan tahun ini, sedikit sebanyak memeriahkan suasana. Tidak terlepas jua, kepada kalangan orang perseorangan yang sudi menyalurkan wang ringgit, menyalurkan sumber keringat, menyalurkan sumber berupa hadiah/hamper dan sebagainya. Terima kasih!!! Terima Kasih!!!
Sejak akhir-akhir ini, laman blog sekolah kita tidak dikemaskini seperti selalu. Bagi BlogMaster, maaf dipohon. Bukan disengajakan. Tapi ada beberapa masalah yang tidak dapat dielak. InsyaAllah. Dimasa mendatang, BlogMaster akan sentiasa mengemaskini, melaporkan peristiwa yang berlaku di sekolah.
Esok, akan diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Ayuh!! Mari kita sama-sama menjayakannya. Saya difahamkan banyak acara akan dijalankan. Antaranya ialah perlawanan bola sepak antara guru dan murid. Perlawanan diantara guru yang kebanyakkannya sudah 'pencen' bersukan dan murid-murid yang masih cergas, bertenaga!! Pasti akan sengit!! Siapa akan juara?Sama-sama kita saksikan.
Masih tinggal berbaki 2 hari lagi menjelang cuti sekolah semester pertama. Kemana kita akan bercuti agaknya. Masing-masing sudah tentu ada agenda. Masing-masing sudah tentu membuat perancangan awal. Samada mahu balik kampung atau pergi melancong. Walau apa perancangan sekalipun, Ingatlah, Berhati-hati di jalan raya. Selamat menikmati hari anda bersama keluarga dan selamat bercuti.....

No comments:

Post a Comment