INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Friday, March 07, 2014

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

Sekolah Kebangsaan Seri Relau hari ini melancarkan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) peringkat sekolah dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid. Program NILAM yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap dan tabiat membaca tersebut melibatkan beberapa komponen seperti aktiviti-aktiviti galakan membaca, penyediaan bahan bacaan yang bersesuaian dan mencukupi, serta mempelbagaikan masa dan ruang untuk membaca dalam pelbagai situasi dan lokasi. Program NILAM di peringkat sekolah diuruskan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS).

Majlis pelancaran NILAM SK Seri Relau 2014 dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar,  Dalam ucapannya, beliau menekankan kepada para murid tentang kepentingan membaca dalam apa sahaja keadaan untuk memastikan agar masa yang terluang dapat diisi dengan cara yang berfaedah. Seterusnya, beliau telah menyempurnakan gimik pelancaran sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM untuk tahun 2014.

1 comment: