INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Thursday, March 08, 2012

Gerai Harian KGS'12

Gerai harian KGS'12 yang beroperasi dari jam 12.30 sehingga 2.00 petang bertujuan khusus bagi memperoleh dana untuk digunakan dalam setiap aktiviti kelab yang telah dirancangkan AJK KGS'12 sepanjang tahun 2012. Program pertama yang telah berjaya adalah lawatan ke Hadyai, Thailand pada penghujung Febuari 2012 yang lepas. 
Gerai KGS'12 juga menerima rakan kongsi dan menggunakan konsep 'win win'. Sebagai contoh, Pra-Intergrasi juga rakan kongsi dalan jualan harian, Pra-Integrasi menjual buah-buahan potong dan keropok bagi menambah tabung perbelanjaan mereka. Ada juga guru-guru yang meninggalkan produk mereka untuk dijual oleh pihak KGS'12.
Pihak AJK KGS'12 menyasarkan keuntungan pada tahun ini bagi menampung program-program yang telah dirancang yang dibahagi mengikut Biro:
  • Sukan dan Permainan
  • Kebajikan
  • Majlis dan Sambutan
  • Lawatan / Kerja Sosial
  • Jualan
Aktiviti paling hampir buat masa ini adalah Pertandingan Badminton. Tunggu dan lihat siapa juara SKSR dalam acara Badminton.
**Gambar menunjukkan Pn. Rahimah dan En. Syariman sedang menjalankan jualan Harian.
Sepanjang sebulan, melalui jualan ini, pihak Pra-Intergrasi berjaya mengumpulkan dana bagi membeli 
printer kegunaan dalam kelas bernilai Rm300.00

No comments:

Post a Comment