INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Wednesday, April 27, 2011

Rakan Alam Sekitar Dan Anugerah Sekolah Hijau 2010

 

Sekolah kita telah menyertai dua jenis pertandingan iaitu Rakan Alam Sekitar dan Anugerah Sekolah Hijau 2010. Rakan Alam Sekitar ini anjuran olah Jabatan Alam Sekitar, manakala Anugerah Sekolah Hijau 2010 merupakan anjuran Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Objektif Rakan Alam Sekitar adalah:

  1. Memberikan kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat.
  2. Menanamkan rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama.
  3. Menyediakan saluran yang tepat bagi masyarakat membuat aduan atau pandangan mengenai alam sekitar kepada agensi-agensi kerajaan berkenaan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Anugerah Sekolah Hijau 2010. Program Anugerah Sekolah Hijau ini dibentuk sebagai program pengauditan alam sekitar bagi sekolah-sekolah di Negeri Pulau Pinang.


Tujuan program ini ialah untuk menerimapakai pendekatan secara hoslitik bagi pengurusan alam sekitar dan menggalak penambahbaikan berterusan.
Penilaian Sekolah Hijau merangkumi 10 kriteria iaitu: Amalan 3R, penggunaan Sisa Makan, penggunaan minyak masak terpakai, bahan pembersih, pengurangan beg plastik, tanam pokok, penjimatan tenaga,  penjimatan air, kebersihan kawasan sekolah dan akitivit lain yang kreatif dan berinnovasi.


Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang dapat hadiah Johan daripada MPPP dan MPSP akan bersaing untuk mendapat Anugerah Sekolah Hijau Cemerlang Negeri Pulau Pinang. 


Sekolah yang memenangi Anugerah Sekolah Hijau Cemerlang tersebut akan mendapat Hadiah wang sebanyak RM 3000 dan sebuah Piala Pusingan (Challenge Trophy).


 

DSC03862DSC03863DSC03864DSC03865DSC03866DSC03867DSC03868

No comments:

Post a Comment