INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Friday, May 14, 2010

Pra Sukan 2010

13 Mei 2010- ALHAMDULILLAH. Selesai sudah acara Pra Sukan menjelang hari kemuncak Sukan Tahunan 2010. Konklusinya, daripada aspek pengurusan semuanya berjalan lancar. Setiap acara yang telah diatur nampaknya berjalan lancar. Aspek cuaca juga memainkan peranan. Cuaca yang tidak terlalu panas memberi sedikit keselesaan kepada pegawai yang bertugas mahupun kepada peserta.  




Kesungguhan peserta kita dalam setiap acara yang dipertandingkan seharusnya dipuji. Kelihatan guru rumah sukan bersungguh-sungguh memberi galakan, memberi dorongan kepada peserta. Diantara acara yang dipertandingkan ialah Lompat Jauh, Lompat Tinggi, Lontar peluru dan acara larian. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan disini bahawa di masa akan datang murid-murid mahupun guru-guru memberi kerjasama dari semua aspek agar pegawai kejohanan akan dapat menjalankan tugas mereka dengan baik.
Semoga kita sama-sama mempertingkatkan lagi mutu sukan sekolah kita ke arah yang lebih baik. Tahniah kepada pemenang. Kepada yang gagal, sila cuba lagi.....Pertingkatkan usaha gigih anda!!!!

No comments:

Post a Comment