INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Tuesday, April 06, 2010

Tumbuhan di sekolah kita... Part 3 (Serai/Cymbopogen citratus)


Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean. Serai terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang mempunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, limonene dan nerol. Air rebusan serai yang sedikit pedas merupakan minuman berkhasiat untuk merawat sakit kepala, menghilangkan kembung dan menyegarkan tubuh.Kebiasaannya serai ditanam dibelakang2 rumah dan digunakan apabila surirumah merancang untuk memasak masakan terutamannya Tomyam ataupun Rendang. Selain daripada itu serai juga digunakan dalam rawatan aromaterapi. minyak pati yang diekstrak dari serai juga digunakan sebagai pewangi untuk kosmetik ,syampu dan sabun.

Petua untuk cairkan lemak;
Rebus 3 btg serai bersama 2 cwn air, biar mendidih hingga tinggal 1 cwn, minum semasa masih panas.
Rebus segengam ketumbar kering bersama 2 cwn air, biar mendidih hingga tinggal 1 cwn, minum semasa masih panas.. Klu nak buang angin boleh tambah halia semasa merebus.
Amalan ini dilakukan seminggu sekali sahaja..... insyallah akan dpt lihat hasilnya.

Demam kuning (Bayi):

1. Ambil secekak serai sekali dengan akar dan daunnya.
2.Bersihkan tapi jangan di buang akar serai tadi.
3.Rebus dengan sebaldi air ( lebih kurang )
Amalkan memandikan bayi selama 3 hari berturut-turut dan jangan di bilas air mandian tadi.

No comments:

Post a Comment