INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Thursday, March 11, 2010

Tumbuhan di sekolah kita... Part (1)

Tahukah anda?Di sekolah kita terdapat banyak tumbuh-tumbuhan herba yang sebenarnya jarang kita ketahui kewujudannya. Samada kita memang tidak ambil tahu ataupun kita tak nak ambil tahu. Walaubagaimanapun, mari kita kongsi sama-sama nama pokok herba yang ada di sekolah kita di samping kita mengetahui serba sedikit keistimewaan pokok-pokok herba tersebut untuk kegunaan harian kita. Mana tahu kan, mungkin satu masa nanti ianya amat berguna untuk kita!!!

Lidah Buaya/Aloe Vera


Lidah Buaya adalah sejenis tanaman yang mudah tumbuh sama ada ditanam di dalam pasu ataupun di kawasan tanah lapang. la biasa dijadikan tanaman hiasan atau untuk tujuan perubatan. Pokok Lidah Buaya menjadi terkenal kerana ia dikomersialkan untuk dijadikan bahan kosmetik berguna bagi penjagaan dan penyubur.

Daun Lidah Buaya panjang, runcing dan tajam di hujungnya. Daunnya tebal kerana di dalamnya mempunyai cecair atau lendir seperti jeli yang berkhasiat dan berguna. Tepi daunnya bergerigi dan berduri kecil dan pendek. Keseluruhan daun, akar, dan bunganya yang segar, baik untuk kesihatan.

Lendir Lidah Buaya mampu mempercepatkan proses penggantian sel, mengelakkan jangkitan, merawat kudis, gatal-gatal dan menghilangkan parut. Sapukan lendir Lidah Buaya bersama garam di sekeliling bisul untuk meredakannya. Selain itu, jus Aloe Vera juga mampu mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah jantung, luka dalam badan, buasir, sembelit, sakit sendi, ulser, masalah ginjal dan banyak lagi. Wanita hamil ditegah meminumnya kerana ia boleh mengganggu kesihatan kandungan.
 
Serai Wangi/Cymbopogon nardus
 
Tanaman serai wangi dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanamnya bagi menghasilkan minyak pati. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.
Kegunaannya, daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah,penyakit bisa otot-otot,sendi,mengecutkan rahim yang bengkak,memecahkan lendir,darah dan angin.daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk untuk melegakan sakit kepala seperti angin meroyan dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatansistem dalaman badan.membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.

1 comment:

  1. Ws sy utk dptkn benih pokok lidah buaya atau aloe vera 0107079200 (azrin) tq

    ReplyDelete