INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Saturday, March 06, 2010

Sambutan Maulidul Rasul

 
Berita: 5 Mac 2010- Sambutan Maulidul Rasul peringkat Sk Seri Relau telah dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama semua guru mahupun murid dalam menjayakan majlis ini patut dipuji. Majlis dimulakan dengan perarakan dan selawat beramai-ramai. Kelihatan guru bersama murid-murid berarak sambil berselawat mengelilingi padang sekolah. Majlis diteruskan dengan ceramah yang telah disapaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Ahmad Sayuti bin Abdul Ghani dari Sk Sg Batu. Penulis difahamkan oleh pengelola majlis, pada masa yang sama telah diadakan pertandingan mewarna bagi murid-murid tahun 1& 2 serta murid pendidikan khas di kelas mereka. Acara terakhir ialah penyampaian hadiah kepada pemenang. Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sk Seri Relau berakhir pada jam 10.15 pagi.  
Atas: Guru besar bersama-sama murid berarak sambil berselawat

Atas: Murid sedang berarak sambil berselawat
Atas:Murid-murid pendidikan khas tetap bersama-sama mengikuti sambutan
Atas: Nyanyian nasyid oleh murid-murid 
Atas: Aktiviti mewarna murid pendidikan khas

Atas: Aktiviti mewarna murid-murid tahun 1

No comments:

Post a Comment