INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Tuesday, February 02, 2010

Program Minggu Displin 2010

Berita : Program Minggu Displin 2010 Peringkat Sk Seri Relau telah dirasmikan oleh Pn Che Salamah (Guru Besar) pada 1 Februari 2010. Program ini akan diadakan selama seminggu bermula 1-5 Februari 2010. Program ini merupakan program tahunan sekolah. Semua murid terlibat dalam program ini. Menurut En. Helmi selaku guru displin sekolah merangkap penyelaras program berkata, antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pemeriksaan kuku, rambut dan pakaian murid. Pemeriksaan ini akan dilakukan di dalam kelas. Selain daripada itu, semua murid diwajibkan membawa buku displin sepanjang program ini. Beliau berkata, program ini mungkin akan berlanjutan pada minggu hadapan. Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Secara keseluruhannya,  Program ini sangat baik bagi membentuk murid-murid yang berdisplin, sentiasa mematuhi peraturan sekolah dalam apa cara sekalipun.
Pn Che Salmah (Guru Besar) memberi ucapan perasmian minggu displin.
En. Helmi (Guru displin) memberikan taklimat program kepada pengawas sekolah.




No comments:

Post a Comment