INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Monday, February 22, 2010

Kursus Khas Kokurikulum Untuk Ahli Jawatankuasa Persatuan Dan Kelab

Berita: 20 Februari 2010- Kursus Khas Kokurikulum untuk ahli jawatankuasa unit beruniform, persatuan dan kelab telah dijalankan dengan jayanya. Komitmen semua guru samada yang terlibat secara lansung atau tidak lansung sangat dipuji. Program yang telah dijalankan ialah sesi ceramah tentang penubuhan kelab dan persatuan serta unit beruniform, Perlembagaan dan pengurusan fail. Penceramah yang melaksanakan tugas yang sangat cemerlang ialah Pn. Fazliani bt Osman dari Puteri Islam, Pn. Nor Rahiniza bt A. Ghani dari Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Tengku Shuhaidi b. Tengku Ibrahim dari pengakap.Daripada temubual yang telah dijalankan kepada peserta, kebanyakkan daripada mereka memahami apa yang telah diterangkan oleh penceramah. Cuma cadangan dimasa akan datang agar pihak urusetia memberikan beberapa nota maklumat kepada peserta.

Atas- Pn Fazliani sedang menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat.
 
Atas- Tengku Shuhaidi sedang menyampaikan ceramah.


 Atas - Pn Nor Rahiniza sedang menyampaikan ceramah.

Atas-Murid sedang menyalin nota kursus kokurikulum.

Bawah - Pn Nor Rahiniza sedang menyampaikan ceramah. Berhampiran dengan beliau ialah pengerusi majlis iaitu guru-guru praktikum dari Universiti Sains malaysia.

No comments:

Post a Comment