INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Sunday, January 10, 2010

Bahan bacaan terlaris

Pada masa kini kita selalu mencari maklumat melalui internet berbanding bahan bercetak. Tetapi tahukah kita, kadangkala maklumat yang kita perolehi itu boleh dipertikaikan kesahihannya. Ini adalah kerana kadangkala kita tidak tahu siapa penulis/pengarang terhadap sesuatu artikel yang disiarkan. Ini adalah kerana mereka tidak berani bertanggungjawab terhadap maklumat yang diberikan walaupun kadangkala maklumat yang diberikan penuh dengan fakta dan data. Kadangkala berlaku laman yang kita rujuk sebelum ini untuk memperolehi maklumat sudah tidak dapat dirujuk kerana laman web yang telah kita 'bookmark' kan sebelum ini sudah tiada dalam perkhidmatan. Cuma kita sebagai pengguna/penyelidik perlu bijak mencari maklumat agar bahan yang kita perolehi itu sahih atau sebaliknya. Berbanding dengan bahan bacaan bercetak, kita lebih mudah mempercayai informasi yang terdapat di dalamnya kerana kita tahu siapa sebenarnya penanggungjawabnya samada dari segi pengarang, penerbit, bibbliografi dan sebagainya. Tujuan artikel ini sebenarnya adalah untuk berkongsi dengan semua tentang buku yang terlaris di dunia (all time best seller). Untuk lebih jelas anda boleh rujuk maklumat di bawah :


1. Al-Quran
Al-Quranul Karim merupakan kitab suci panduan umat Islam seluruh dunia. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai
 sekurang-kurangnya satu naskah Al-Quran. Berdasarkan populasi masyarakat Islam di seluruh dunia yang mengatasi agama lain maka tidak hairanlah naskah Al-Quran menjadi rujukan yang terbanyak di dunia dan paling kerap sekali dirujuk oleh manusia setiap hari.

 2. Kitab Injil/Bible
Kitab injil yang dipercayai diterbitkan sekitar tahun 1451 sehingga kini telah mencecah 6 billion naskah dalam versi terjemahan 2 ribu bahasa dan dialek. Setiap bilik hotel di Barat menyediakan naskhah injil ini untuk rujukan tetamu.


3. Buku 'Quotation from Chaiman Mao'
Buku ini dikenali juga sebagai "The Little Red Book", mula diterbitkan pada sekitar tahun 1966, bilangan penerbitannya kini telah mencapai sekitar 900 juta naskah. Buku ini menghimpunkan buah fikiran serta ungkapan pemimpin komunis di China, mendiang Mao Tse Tung. Bahan ini telah diwajibkan keatas semua rakyat china mulai tahun 1966 sehingga 1971.

4. Novel 'A Tale Of Two Cities'
Novel fiksyen yang ditulis oleh Charles Dickens ini dicetak buat pertama kali pada 1859. Sehingga kini cetakan untuk buku ini adalah sebanyak 200 juta naskhah. Memandangkan sambutan yang mengalakkan terhadap novel ini, ianya telah diadaptasi ke layar filem pada tahun 1911, 1917, 1922, 1935 dan 1958.

5. Buku 'Scouting for Boys'

Buku tulisan Robert-Baden Powell ini merupakan buku yang pertama ditulis mengenai aktiviti pengakap. Ianya diterbitkan pada 1908. Memandangkan ianya menjadi rujukan untuk para pengakap, ianya telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa dan sehingga tahun 2008, masih terdapat terjemahan buku ini diterbitkan iaitu Siruvar Saaraniyam yang merupakan terjemahan dalam bahasa tamil. Untuk edisi Malaysia anda boleh merujuk kepada Scouting for Boys yang diterbitkan pada 2004 oleh Brownsea Singapore Publisher.



6. Buku 'The Lord of the Rings
 
Buku ini bertemakan epik fantasi yang laris sehingga kini. Buku ini ditulis buat pertama kali oleh J.R.R. Tolkien pada 1937. Beliau mengambil tempoh yang panjang iaitu selama 12 tahun untuk menyiap dan menerbitkan buku ini dimana ianya telah diterbitkan secara rasmi pada 1949 dimana pada masa itu umur beliau telah mencapai 63 tahun. Memandangkan buku ini berjaya menarik minat kanak-kanak hingga dewasa maka tidak hairanlah ianya telah difilemkan sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1978 dan 1980 dan seterusnya dibuat trilogi filem yang ditayangkan pada 2001, 2002 dan 2003.


7. Buku 'Book of Mormon'

Buku ini diterbitkan pada 1830 dan sehingga kini jualannya telah mencapai 130 juta naskhah.

8. Buku 'Three Represents'
Buku yang ditulis oleh Jiang Zemin ini adalah merupakan ideologi parti komunis yang telah diterbitkan pada tahun 2001 di China. Antara subjek yang terdapat adalah mengenai pengurusan, pentadbiran kerajaan, ekonomi dan ketenteraan. Sehingga kini buku ini telah dicetak sebanyak 100 juta naskhah.

9. Buku 'Ten Little Nigger'
Buku fiksyen mengenai cerita misteri ini telah ditulis oleh Agatha Christie dan diterbitkan pada tahun 1939. Buku ini telah ditukar judulnya kepada And There Were None pada tahun 1940. Buku ini juga pernah ditukar judul kepada Ten Little Indians dan difilemkan dengan tajuk yang sama. Buku ini telah dijual sebajak 100 juta naskah dan menjadi novel fiksyen misteri yang terlaris di dunia.

10. Buku Panduan/Pekeliling/Arahan Perkhidmatan Awam
Buku-buku ini menjadi sumber rujukan setiap anggota perkhidmatan awam. Semua anggota perkhidmatan awam perlu tahu tentang maklumat yang terkandung di dalam buku Panduan Pengurusan Pejabat, Perintah Am, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam, Malaysia Kita, Nilai & Etika, Tonggak 12 dan lain-lain lagi. Apa yang menghairankan ialah buku ini menjadi laris permintaannya apabila adanya Kursus Induksi dan Peperiksaan PTK. Oleh itu buku ini juga boleh diklasifikasikan sebagai buku terlaris di pasaran dimana terdapat pelbagai edisi terbaru dikeluarkan setiap tahun.

No comments:

Post a Comment