National Key Result Areas (NKRA) melalui Minister Key Performance Indicators (MKPI), KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.
National Key Result Areas (NKRA)
- Rasuah
- Jenayah
- Pendidikan
- Mempertingkatkan taraf hidup
- Infrustruktur luar bandar
- Pengangkutan bandar
- Pra Sekolah
- Literasi & Numerasi
- Bai’ah
- Sekolah Berprestasi Tinggi
- Sekolah Vokasional
- 100% bekalan elektrik 24 jam
Perihal Program
- Minister Key Performance Indicators (MKPI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.
- Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).
- Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.
Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:
Program KIA2M untuk murid Tahun I yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
- Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
- Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.
- PROTIM selepas UPSR.
Strategi Pelaksanaan di Sekolah
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.
Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun:
- Saringan 1 (Mac)
- Saringan 2 (Jun)
- Saringan 3 (September)
Definisi asas literasi adalah kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung “dan “ serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian
Definisi Numerasi
Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun.Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.
No comments:
Post a Comment