INFO TERKINI

CUTI PENGGAL 1 22-30/03/14
Blog SK Clifford Kuala Kangsar: Sejarah SK Clifford Kuala Kangsar

Thursday, December 31, 2009

Pendidikan Khas

JAWATANKUASA KURIKULUM 2011


PENGERUSI
GURU BESAR
PN. HJH CHE SALMAH BT AHMAD


TIMBALAN PENGERUSI
Penolong Kanan Pentadbiran
EN. ABU HANIFFA BIN NAINA

NAIB PENGERUSI 1
Penolong Kanan Hem
PN. NOOR LIA BT MD ISA

NAIB PENGERUSI 2
Penolong Kanan Kokurikulum
PN. TAN GAIK SUAN

SETIAUSAHA
PN. MERA SYUHANA BT MAHAMUD

PEN. SETIAUSHA
PN. NOR SAHARZAN BT SHA’ARI


BAHASA MELAYU DAN INKLUSIF
PN. MAZIANI

BAHASA INGGERIS DAN KEM MANIPULATIF
PN SITI MARYAM

MATEMATIK DAN PPSMI
PN ROHAIZAN

SAS
PN SHURAH

KEMAHIRAN HIDUP DAN INVENTORI
EN ANAS SABRI

PENDIDIKAN MUZIK DAN PENDIDIKAN JASMANI
PN INISWAH

AGAMA ISLAM
PN NORKAMISHAH

PENDIDIKAN MORAL DAN PEPERIKSAAN
PN KHAIRUNASHIKIN

PENDIDIKAN SENI
PN SHURAH

PENGURUSAN DIRI
PN NORSAHARZAN

PRA INTERGRASI
PN RAHIMAH

JADUAL WAKTU
PN MERA SYUHANA



Latar Belakang Pendidikan Khas di Malaysia

Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa. Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Murid-muridan 1961; iaitu
“sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya ”. Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid serta lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah Pendidikan Khas
di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan produktif.
Terdapat dua pendekatan pndidikan khas disediakan iaitu; Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi pula disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,, bermasalah pendengaran dan penglihatan. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi, murid-murid khas ditempatkan di sekolah harian biasa dan ditempatkan dalam bilik darjah yang berasingan dengan murid-murid biasa. Selain Kementerian Pelajaran, pelbagai badan bukan kerajaan dan badan sukarelawan juga turut menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak khas ini. Pendidikan khas ini juga telah diperjuangkan di negara-negara lain di dunia seperti Britain, Amerika Syarikat, new Zealan dan ain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya ( Individuals with Disabilities Education Act, Public Law 94-476) yang diubah suai pada 1990 memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat. Di Britain pula, Laporan Warnock yang dikemukakan pada tahun 1978 mamainkan peranan penting dalamperkembangan pendidikan khas di negara itu.

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:

 
1.kebolehan kognitif
2.tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3.penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4.penguasaan membaca
5.kemahiran perkembangan (developmental skills)
6.kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

a.Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

b.Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

c.Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.


RASIONAL

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

MATLAMAT

Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIF

Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:

1.Menguasai kemahiran komunikasi
2.Menguasai kemahiran bergaul
3.Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
4.Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
5.Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
6.Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
7.Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
8.Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
9.Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
10.Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek

SASARAN

Murid-murid terencat akal ringan yang:

•Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah

•Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

•Tiada kecacatan fizikal yang teruk

•Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk

•Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

Terencat Akal
Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia

Autisme
•Bermasalah komunikasi
•Sukakan rutin
•Berada di dunia sendiri
•Ekolalia
•Cederakan diri sendiri
•Kompulsif tanpa tahu kesan
•Tidak suka bergaul
•Tidak ada tentangan mata
•Kerencatan bahasa
•Masalah kefahaman
•Tidak suka disentuh
•Bermasalah interaksi sosial
•Pergerakan berulang-ulang

Palsi Serebrum
•Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan
•Masalah pergerakan
•Masalah postur
•Kekejangan
•Pergerakan tidak terkawal
•Masalah imbangan badan
•Masalah komunikasi
•Masalah motor halus/kasar
•Masalah tulisan
•Masalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa
•Kecelaruan pertuturan
•Kecelaruan bahasa
•Kecelaruan suara
•Masalah artikulasi
•Masalah kelancaran

Sindrome Down
Gangguan Penumpuan ADHD
•Lambat menyiapkan tugasan
•Mudah terganggu
•Masalah kosentrasi
•Masalah mengurus tugasan
•Cepat lupa
•Impulsif
•Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
•Memerlukan pengawasan yang lebih
•Masalah menunggu giliran.

Hiper Aktif
•Tidak boleh duduk diam
•Impulsif
•Tumpuan perhatian singkat
•Suka ganggu orang lain
•Bermasalah Pembelajaran

Pintar cerdas dan Berbakat
•Keupayaan umum yang istimewa
•Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
•Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi
•Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
•Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

Tulisan Braille
Sejarah Tulisan Braille
Louis Braille dilahirkan pada 4 Januari 1809 di bandar Coupvray berhampiran Paris. Beliau merupakan pengasas tulisan braille, iaitu titik timbul bagi menggantikan huruf dan nombor. Louis Braille merupakan anak keempat kepada seorang tukang kulit bernama Simon René Braille dan mempunyai penglihatan normal ketika kecil. Ibunya bernama Monique. Ketika berusia 3 tahun Louis Braille telah bermain-main di kedai ayahnya apabila dia tercucuk matanya dengan satu peralatan menebuk lubang pada kulit 'awl' (peralatan dengan hujung tajam dengan pemegang kayu bulat) kepunyaan bapanya. Walaupun mendapat khidmat perubatan terbaik pada masa itu, matanya yang sebelah lagi terkena jangkitan kuman mengakibatkan Louis Braille kehilangan penglihatan di kedua-dua belah matanya.
Walaupun buta, Louis Braille mendapat galakan ibubapanya, paderi tempatan dan guru sekolah untuk menghadiri kelas di mana dia mendahului rakan-rakannya yang celik. Bagaimanapun, disebabkan kecacatan penglihatan, dia tidak dapat membaca atau menulis. Pada tahun 1819, ketika berusia 10 tahun, Louis Braille telah mendapat biasiswa untuk belajar di Paris di Institut Kanak-Kanak Buta. Pengasas institut tersebut, Valentin Haüy, telah mendapat idea untuk membekalkan buku dengan huruf timbul untuk dibaca oleh orang buta. Buku-buku tersebut agak sukar dibaca, tebal dan mahal untuk dibuat, dengan setiap hurufnya sebesar 1 inci tinggi. Keadaan di sekolah tersebut amat tegas. Bangunan sekolahnya lembap dan melaksanakan sistem displin yang tegas sebagaimana sekolah-sekolah lain pada masa itu. Pelajar yang bersalah akan dirotan, dikurung, dan diberi roti keras dan air. Kehidupan semua orang adalah susah dan kebanyakan pelajar yang dapat melihat akan bekerja ketika berusia 12 tahun di kilang atau dalam lombong arang batu.
Di sekolah di Paris, pelajar buta akan diajar kemahiran praktikal seperti menganyam kerusi dan membuat selipar agar mereka dapat mencari nafkah selepas menamatkan persekolahan. Sekali seminggu, mereka akan dibawa bersiar di taman dengan diikat di pinggang dengan tali. Mereka diajar membaca tetapi tidak untuk menulis. Huruf di buku dibuat dengan menggunakan wayar tembaga yang ditekan pada kertas. Disebabkan setiap huruf perlu dibentuk menggunakan wayar, orang buta tidak dapat melakukannya dengan sendiri. Di sekolah itu hanya terdapat empat belas buku seperti itu dan Loius Braille membaca kesemuannya. Louis Braille merupakan seorang yang berbakat. Dia mempelajari cara bermain cello dan organ ketika masih muda dan bermain organ di gereja seluruh bandar Paris. Muzik memberikannya pendapatan yang tetap dan Loius Braille menggemarinya.
Pada tahun 1821, seorang pegawai tentera Charles Barbier de la Serre telah membuktikan bahawa perutusan yang ditulis dengan titik dan tanda sengkang dapat ditekan di atas kertas tebal untuk kegunaan perhubungan ketenteraan pada waktu malam ketika dalam parit pertahanan. Ini untuk mengelak daripada dikesan oleh musuh, tetapi ditolak oleh pihak tentera disebabkan kesukaran untuk melatih tentera. Sistem penulisan malam ataupun sonography menggunakan dua belas titik dan sengkang yang timbul mewakili bunyi berlainan. Tanda sengkang memakan banyak ruang dan setiap muka surat hanya dapat diisi dengan satu atau dua ayat. Charles Barbier menunjukkan cara penggunaan tulisan malam di sekolah Louis Braille yang menerimanya sebagai percubaan sahaja. Louis Braille menyedari kebaikan sistem titik timbul dan berusaha untuk memudahkannya.
Ketika bercuti Louis Braille menghabiskan masanya memperbaiki cara penulisan timbul ini. Louis Braille menyedari kelematan sistem Sonography seperti penggunaan asas dua belas titik dan penulisan berasaskan bunyi. Ketika berada dibengkel ayahnya, Louis Braille menyentuh alat penebuk ayahnya dan dia mendapat idea untuk menggunakan alat penebuk yang tumpul untuk membentuk tanda titik timbul di atas kertas. Selepas beberapa bulan berusaha, dia mendapati sistem enam titik timbul sebagai yang terbaik. Kedudukan titik yang berbeza mewakili huruf berbeza. Louis Braille terus memajukan penulisan braille selama beberapa tahun, memajukan kod mathematik dan muzik.
Pada tahun 1827 buku braille pertama dikeluarkan. Bagaimanapun sistem baru ini tidak diterima serta merta. Ini disebabkan terdapat halangan oleh mereka yang tidak memahami keperluan orang buta dan tidak mahu menerima atau menggalakkan penggunaan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca oleh orang biasa. Malah salah seorang pengetua di sekolah Louis Braille melarang penggunaan tulisan braille dan membakar buku braille yang ada. Bagaimanapun tulisan braille terus dipelajari dan digunakan oleh pelajar-pelajar dengan secara bersembunyi. Louis Braille sentiasa gigih menyebarkan tulisan braille dan akhirnya barulah tulisan braille diterima. Pada tahun 1834 Louis Braille menyempurnakan sistemnya dan menerbitkan buku Cara Menulis Perkataan, Muzik, Dan Lagu Dengan Menggunakan Titik Untuk Kegunaan Orang Buta Dan Disusun Oleh Mereka "Method of Writing Words, Music and Plain Song by Means of Dots, for Use by the Blind and Arranged by Them" .
Dengan menggunakan tulisan braille, sekarang orang buta bukan saja boleh membaca, malah dapat menulis dengan menggunakan peralatan tajam menyerupai penebuk 'awl' yang membutakan mata Louis Braille dahulu. Mereka kini dapat berdikari. Louis Braille menjadi guru di sekolah tempat dia belajar dahulu. Louis Braille dikagumi dan dihormati oleh pelajar- pelajarnya kerana kegigihannya, tetapi dia tidak dapat melihat sistem penulisan braillenya diterima ramai. Louis Braille sering diserang penyakit dan pada tahun 6 Januari 1852 ketika berumur 43 dia mati akibat penyakit Penyakit Batuk Kering.
Pada permulaannya sistem tulisannya hampir terkubur tetapi beberapa orang penting menyedari kepentingan ciptaan Louis Braille dan pada tahun 1868, Dr. Thomas Armitage (1824-1890) dan tiga rakannya mengasaskan 'British and Foreign Society for Improving the Embossed Literature of the Blind'. Kumpulan sahabat yang kecil ini bertambah dan menjadi Institusi Negara DiRaja Untuk Orang Buta 'Royal National Institute for the Blind', pencetak buku braille terbesar di Eropah dan British. Pada tahun 1990, tulisan braille digunakan di seluruh dunia dan diterima pakai oleh hampir semua bahasa daripada Albani hingga ke Zulu.
Di Perancis pencapaian Louis Braille diakui ditahap kebangsaan dan pada tahun 1952, jasadnya dipindahkan ke Paris di mana dia dikebumikan di Pantheon, tempat pengkebumian wira negara Perancis. Melalui usaha Louis Braille, beribu-ribu orang buta dapat membaca dan menulis.Abjad Braille  terdiri daripada sel yang mempunyai 6 titik timbul yang dinomborkan seperti berikut:


Huruf Braille Bahasa Melayu adalah hampir sama dengan kod huruf Braille Inggeris. Perkataan, simbol (seperti tanda seru dan tanda soal), beberapa perkataan dan suku kata boleh didapati secara terus. Contohnya perkataan orang dipendekkan kepada org. Ini membolehkan buku buku Braille yang lebih nipis dicetak.Simbol Braille juga telah diperkaya sehingga boleh digunakan untuk membaca nota muzik dan matematik. Kini Braille telah diubahsuai dengan menambah dua lagi titik menjadikan Braille menjadi kod 8 titik. Ini memudahkan pembaca Braille mengetahui huruf tersebut adalah huruf besar atau kecil. Selain itu, penukaran ini membolehkan huruf huruf ASCII dipertunjukkan dan kombinasi 8 titik ini diekodkan dalam standard Unicode.
Braille boleh dihasilkan menggunakan batuan loh ( slate) dan stilus ( stylus ) di mana titik dihasilkan daripada belakang muka kertas, menulis dengan imej cermin, menggunakan tangan, atau menggunakan mesin taip Braille yang dikenali sebagai Perkins Brailler. Braille juga boleh dihasilkan menggunakan mesin cetak Braille yang disambung kepada komputer.
Abjad Braille




Nombor Braille


Contoh tulisan Braille



BAHASA ISYARAT

PENGENALAN

Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang menggunakan pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan maksud kata-kata seorang penutur. Bahasa Isyarat digunakan secara meluas oleh kebanyakan orang pekak di Malaysia. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara bahasa isyarat mengikut tempat dan lokasi. Bagi orang biasa, ia boleh dikatakan sebagai loghat atau dialek tempatan. Di Malaysia terdapat dua jenis bahasa isyarat yang utama digunakan secara meluas iaitu Bahasa Isyarat malaysia (BIM) dan Kod tangan Bahasa Melayu (KTBM). Untuk membezakan dua jenis bahasa isyarat ini bolehlah dikatakan bahawa BIM lebih kepada percakapan harian biasa manakala KTBM lebih kepada bahasa yang biasa digunakan dalam penulisan dan rasmi


SEJARAH
Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) ini bukan Bahasa Melayu Isyarat Tangan.Kod Tangan Bahasa Melayu diadakan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip bahasa melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan,ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia. Apabila Kod Tangan Bahasa Melayu ini diperturunkan ke dalam bahasatulisan maka tiada apa-apa perbezaan pun tentang struktur dan simantik dalam bahasa Melayu. Ayat-ayat yang diberi kepada kanak-kanak pekak atau kanak-kanak biasa itu sama maknanya. Kod tangan mula pada tahun 1973 dan Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT) digubal dan siap pada tahun 1978. Pada tahun 1982, kursus BMKT yang pertama diPulau Pinang. Jabatan Pendidikan Khas dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak ersatuan Pekak Negeri-negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, Dewan Bahasa kod tangan bahasa melayu (KTBM) edisi 1979 yang diguna pakai sehingga hari ini.


Kata Majmuk
Perkataan kata majmuk yang mempunyai dua kata dasar digabungkan seperti: kapal terbang keretapi tali pinggang papan hitam bola sepak Semua kata majmuk ini membawa suatu makna atau objek. Oleh itu digunakan satu kod sahaja.Kata Ringkas Ada perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang diringkaskan dari dua, tiga atau lebih menjadi satu perkataan sahaja seperti :

cikgu daripada encik guru.


tiada daripada tidak ada.


berdikari daripada berdiri di atas kaki sendiri.


pawagam daripada panggung wayang gambar.


Semua perkataan ringkas ini tidak diberi kod tetapi hendaklah dieja kecuali pada perkataan-perkataan yang lazim digunakan seperti cikgu digunakan “c” seperti kod “guru”, tiada digunakan “t” seperti kod tidak. Perkataan Pergandaan Berganda sama budak-budak, orang-orang, rumah-rumah Semua perkataan berganda sama ini diulang kod perkataanyang mula-mula.Berganda tak Sama (Berubah) Semua perkataan berganda tak sama (berubah) ini menggunakan kod perkataan mula dan huruf awal pada perkataan berikutnya iaitu:


kuih-muih= kod kuih dan huruf m


saudara-mara= kod saudara dan huruf m


bukit-bukau= kod bukit dan huruf b


Berganda separuh
Semua perkataan berganda separuh ini hendaklah didahulukan dengan huruf dan diikuti dengan kodnya.lelaki= huruf l dan kod laki jejari= huruf j dan kod jari bebola= huruf b dan kod bola Perkataan berganda dan berpenambah tulis-menulis, berlari-lari, buah-buahan Semua perkataan ini dilakukan seperti perkataan berganda sama iaitu diulangi kod dasarnya dengan diberi awalan atau akhiran pada mana-mana perkataan yang berkenaan.
Imbuhan (penambahan) me, pe, ter, ber dan per.
Murid-murid hendaklah diberitahu tentang penggunaan dan perubahan ejaannya pada penambahan “me” yang bertukarmenjadi me, mem, men, meng, menge. Walaupun demikian semua menggunakan huruf pertama seperti :

(a) huruf m untuk awalan huruf t untuk awalan


(b) Untuk membezakan antara awalan “pe” dengan “per” ialah ditambah huruf “r” menjadi “p” dan “r”. pelukis= “pe” dan kod lukisan perbuatan= “p”- “r” dan kod buat dan “an”


(c) Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa pengecualian ejaan dalam imbuhan “pe” yang tidak menurut perubahanejaannya pada perkataan sakit, tani, sawah, kerja Dalam KTBM ini, pengecualian ini ialah huruf “p” tangan kanan tetap seperti biasa tetapi pengecualian ini pada tapak tangan kiri yang hujung jari menghala ke depan, tidak ke atas.

Huruf Dalam Bahasa Isyarat



Nombor Dalam Bahasa Isyarat

No comments:

Post a Comment