Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat ilahi kerana kita semua dapat berjumpa dalam sesi persekolahan tahun 2010. Tahun baru tentu membawa beberapa perkara yang baru khususnya dalam bidang pendidikan ini. Tanggungjawab kita sebgai guru yang juga sebahagian daripada penjawat awam amat berat dalam perkhidmatan terbaik daripada kita para guru, selaras dengan cogankata kerajaan "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Sebagai guru "Rakyat" yang dimaksudkan ialah anak murid dan ibu bapa mereka. Justeru, Marilah kita tanamkan tekad untuk mengajar anak-anak didik kita dengan penuh ikhlas, jujur dan dedikasi.
Guru-guru sekalian,
Kerajaan kini mengutamakan pencapaian dengan pelaksanaan NKRA-Bidang Keberhasilan Utama dan KPI. (Petunjuk Prestasi) dalam 6 bidang utama satu daripadanya adalah bidang pelajaran. Sekolah-sekolah di seluruh negara akan diberi "Ranking" berdasarkan 2 item utama iaitu SKPM (Standart Kualiti Pendidikan) dn GPS (Gred Purata Sekolah). dengan mengambil kira kedua-dua faktor ini kita akan dapat mengetahui kedudukan sekolah kita dalam lingkungan 7000 sekolah rendah di seluruh negara. Sk Seri Relau berada di tahap mana? Kita pula perlu berjanji untuk peningkatan dari setahun ke setahun untuk 3 tahun berturut-turut sebelum diberi ganjaran kewangan kepada GB dan guru-guru di sekolah ini. Sehubungan itu, marilah kita dengan serius melihat NKRA dan KPI ini sebagai satu cabaran positif dalam memastikan GPS khususnya murid-murid tahun 6 dalam UPSR sentiasa meningkat. InsyaAllah akan tercapai dengan kesungguhan kita memastikan P&P berjalan mengikut perancangan.
Guru-guru sekalian,
Secara idealnya kita mahu melihat semua murid Sk Seri Relau ini menguasai 3M. Sebagai guru tentu kita berasa gembira, terharu dan bersyukur sekiranya murid yang kita ajar semua LULUS-dapat A,B ata C dan setidaknya dapat D dan E. Justeru itulah NKRA dan KPI yang perlu kita capai tahun 2010 ini. Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa agar misi ini berjaya sebelum kita melangkah ke tahun 2011 dimana visi dan misi kita ketika itu SKSR akan mencapai kecemerlangan sekurang-kurangnya di Daerah Barat Daya ini.
Sekian, selamat bertugas dan selamat melaksanakan segala tugas tuan/puan seperti yang tercatat dalam buku takwim 2010 ini.
Terima Kasih
Hjh. Che Salmah binti Ahmad
Guru Besar Sk Seri Relau
No comments:
Post a Comment