Sekolah Kebangsaan Seri Relau hari ini melancarkan program
Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) peringkat sekolah dalam usaha untuk
meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid. Program NILAM yang
bermatlamat untuk meningkatkan tahap dan tabiat membaca tersebut
melibatkan beberapa komponen seperti aktiviti-aktiviti galakan membaca,
penyediaan bahan bacaan yang bersesuaian dan mencukupi, serta
mempelbagaikan masa dan ruang untuk membaca dalam pelbagai situasi dan
lokasi. Program NILAM di peringkat sekolah diuruskan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Majlis pelancaran NILAM SK Seri Relau 2014 dimulakan dengan ucapan perasmian
oleh Guru Besar, Dalam ucapannya, beliau
menekankan kepada para murid tentang kepentingan membaca dalam apa
sahaja keadaan untuk memastikan agar masa yang terluang dapat diisi
dengan cara yang berfaedah. Seterusnya, beliau telah menyempurnakan
gimik pelancaran sebagai simbolik permulaan
pelaksanaan program NILAM untuk tahun 2014.
Tahniah skseri relau. Keep it up....
ReplyDelete